Ahad, 24 Julai 2022

Ko Takde Traps! Takpe Bole Wat Nanti #Memori2007 @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali... 


Suatu tengah hari di tahun 2007




Lagu diatas kedengaran dalam gym besar yang siap ada turntable untuk dj lorek2 piring hitam (macam kelab malam sudah). Bro_Lan nekad untuk berhenti kerja disitu walaupun baru kerja beberapa hari.

Vibes disitu sangat toksik! Jejaka berhati tisu yang sangat sensitif sepertinya cepat dapat menghidu betapa tak sihatnya budaya kerja di franchise berkenaan.

Firasat Bro_Lan rupanya sangat tepat dan sepuluh tahun kemudian tokey franchise itu tipu semua ahli gym dan bawak lari duit mereka tanpa notis! Hingga sekarang pun belum selesai lagi kes tersebut...

Bro_Lan merancang untuk hantar surat berhenti 24 jam tanpa notis esok harinya. Sekarang dia kena pura2 buat baik dengan kakitangan yang ada agar tidak dapat dikesan oleh mereka dengan sama2 ikut lunch break...

Waktu makan di medan selera yang dibina sejak tahun 70an di depan gym itu, dia tak banyak bercakap. Mujurlah nasik goreng itu sedap tetapi dia tidak tahan perangai Yo Yo O seorang jurulatih kanan yang pendek macam dia jugak bercakap pasal kisah percintaannya dengann seorang amoi...


Macam lah jurulatih kanan itu sahaja ada pengalaman kuar pacaran dengan awek/kakak cina.Tidaklah dia tahu Bro_Lan lebih up lagi dengan 'hubungan intim' yang disebut pada waktu itu sebagai Cougar & Cup!

Dia dan kakitangan yang lain pun pulang ke gym. Terus Bro_Lan menuju ke bilik persalinan. Seorang abang gemuk jaga pintu masuk ada disitu. Jurulatih kanan yang Yo Yo O juga masuk kesitu.

Abang Gemok Front Desk : "Eh ko takder traps ye?!"


Jurulatih Kanan YoYoO : Takpe kita boleh buat nanti!

Bro_Lan : "Ni satu lagi, sendiri cakap boleh bikin traps tapi dia sendiri pun takder ! (masih cakap dalam hati dengan buat2 tersenyum)"

Bukanya apa, masing2 sebok hal orang lain walhal mereka pun ada kekurangan yang serupa...

Kembali Ke Tahun 2022


Bro_Lan masih takder traps yang dominant sehingga kini dan tiada siapa pun bising/busy body seperti ditahun 2006 atau 2007 dahulu. Dia tumpukan untuk membina kekuatan dalam beberapa senaman asas seperti overhead press, mendagu, tekan tubi,hip thrust/hamstring curls, squat,lunges,inverted row dan dips.


Adakalanya dia bikin senaman2 isolation/accessories untuk elak/kurangkan kecederaan atau kuatkan otot2 tertentu. Biarlah susuk dan bentuk badannya itu dianggap biasa oleh segelintir jurulatih atau kakitangan gym, asalkan dia kuat dan tahan lasak, dia rasa sangat bersyukur...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan