Sabtu, 3 Ogos 2019

Muscle Activation : Melissa & Michelle (Siri 1)

Salam pertemuan...



Muscle activation. Ini adalah antara kalimat yang sering anda dengar dikalangan orang fitness dewasa ini, terutama pada yang ada ambil kursus program urus kecerderaan fizikal.

Dalam kelas yoga dan pilates, lebih kerap konsep/kalimat muscle activation ini digunakan.Hal yang demikian adalah disebabkan oleh tenaga pengajar kedua sistem ini perlu menjalani tempoh latihan yang panjang sebelum lulus untuk memberi tunjuk ajar.Kursusnya pula bukannya murah.

Maka bolehlah disimpulkan jurulatih kedua sistem ini boleh dijadikan rujukkan selepas physiotherapist.Saya rasa bertuah kerana bertemu dengan dua orang guru yang membantu saya dalam memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik untuk muscle activation ini. 

MELISSA ZECHA (PILATES, GYROTONIC)



MICHELLE LAM (PHYSIOTHERAPIST,YOGA)



Jikalau anda baca catatan bertajuk :Otot Mana Perlu Kuat Untuk Angkat Kettlebell (BHG5)ada ceritakan sedikit pengalaman/pencerahan berguru dengan mereka berdua. Siri ini akan menjadi pentas untuk saya berkongsi lebih lanjut berkenaan tunjuk ajar dan ilmu daripada mereka. Teruskan membaca...

" AZLAN, YOUR BUTT MUSCLE IS TOO STRONG/TIGHT!"



Itulah antara benda pertama yang mereka beritahu saya sesudah melihat gerak badan dalam kursus/kelas. Otot glutes saya 'overactive' kata mereka. #HipThrust dengan barbell atau mesin Smith memang menjadi gerak rutin sehingga kini, belum lagi ditambah dengan latihan kettlebell yang perlu kemut punggung untuk jaga pinggang lebih sepuluh tahun.

Pabila mereka berdua menyuruh saya keraskan punggung untuk demo pada gym members dan peserta kursus , dengan mudah saya kemutkan sehingga kakak-kakak, ah moi yoga/pilates itu terkejut gila dengan glute activation itu!




Untuk pengetahuan anda dan pada hemat saya ; sistem yoga dan pilates tidak beberapa setuju dengan overactivation dengan otot glutes. Dua sistem ini gunakan nafas, perut,pinggul, adductors dan hamstring bersama glutes dalam gerak/senaman tertentu.

Dalam kes saya,otot glutes ini selalu sangat jadi one man show dalam banyak gerak senaman yang saya buat.Otot ini jikalau terlalu kuat/ketat , ia akan menjadikan lower back saya kurang daya lentik sekaligus menjadikan gerak senaman seperti gymnastic brigde :



dan halasana ini ;



menjadi payah, penuh perjuangan. Mereka berdua pula tidak menyuruh saya berhenti berlatih angkat besi, itu yang saya suka! Saya disuruh kerap buat regangan dan gunakan tips yang mereka beri semasa meregang.

Oleh sebab pinggang dan bahu saya terlalu tegang, kebiasaannya saya perlu streching terlebih dahulu kemudian baru angkat besi.Kesannya lebih terasa pabila besi-besi itu dijulang, dihayun, dikandar, dicekak!Badan tidak lagi 'protes' dan 'rebel' malah prestasi pun meningkat!

EH BRO, BUKAN KE ADE RESEARCH CAKAP KALAU STRECHING DULU NANTI STRENGTH BOLEH DROP BILA ANGKAT WEIGHT?!

Anda pernah ikuti kelas gymnastik untuk orang dewasa?Begini cara jurulatih itu kebiasaannya menyuruh atlit/pelajar panas badan :


  1. Lari-lari anak beberapa pusing keliling gym.
  2. Regangan seluruh badan dengan gerak wajib ;side & front split,seated toe touch,shoulder stand dan brigde!
  3. Buat hanging leg raises untuk kekuatan perut!
  4. Barulah belajar gerak gymnastik!
Mereka ulang rutin sebegini entah berapa puluh/belas tahun dan tiada masalah strength level drop sebab regangan dulu! Kelas yoga pun punyai flow yang seakan sama :


  1. Latihan asas pernafasan.
  2. Suryanamaskar untuk lembutkan sendi dan aktifkan otot.
  3. Pose regangan sebagai persediaan pose imbangan!
  4. Barulah berlatih dengan pose yang anda ternganga mulut tengok!
Dua displin ini tahu satu perkara mustahak: 

SETIAP POSE/RUTIN PERLU BOTH STRENGTH AND FLEXIBILITY. KURANG SATU ELEMEN,POSE ITU TAK MAMPU DIBUAT!

Pada hemat saya, setiap orang punyai tindakbalas berbeza bab regangan sebelum bersenam ini. Jikalau otot anda terlalu tegang , eloklah buat sedikit regangan sebelum berlatih. Anda sendiri test drive esok jikalau berlatih,buat streching dulu selepas  light warm up dan angkat weight sesudah itu.Andai kata menurun juga strength level, anda dapat tahu yang badan anda tidak beberapa sesuai bikin begitu.

Bersambung...