Ahad, 5 Jun 2022

Badan Ko Biase Jer! Ko Takder Traps #Memori2006 @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...


Suatu Malam Di Sebuah Gym Komersil Pada Tahun 2006


Video diatas sedang dimainkan dalam saluran MTV. Bro_Lan pula sedang bikin cardio di atas stepper,mesin yang diwar-warkan sebagai  'sungguh mencabar' oleh seorang jurulatih kanan di situ.

Sambil kaki menekan pedal pada mesin itu,dia syok layan lagu kugiran dalam video tersebut. Hampir sahaja dia bikin head banging, namun boleh jadi unbalanced pulak nanti.

Letih jugak 'mendaki' dengan mesin tersebut. Tanpa dia sedari lagi 11 hingga 12 tahun mendatang, dia bakal bertemu jodoh dengan mesin memanjat yang lebih menduga ketahanan jasmani dan mental...


Jurulatih Senior Pakai Kacamata : "Hah, buat cardio jer?! Main lah weight!"

Bro_Lan : "Semalam dah buat deadlift dan pull up. Malam ni cardio je lah bang."

Jurulatih Senior Pakai Kacamata : "Badan ko biase jer! Kena lah buat badan! Harapkan shoulder jer, tapi ko takder traps!"

Kenyataan daripada mulut takde insurans daripada jurulatih senior orang Melaka itu sangat terkesan pada hati tisu yang Bro_Lan miliki. Dia diam dan layankan sahaja gelagat jurulatih senior itu.

Tanpa dia sedari, beberapa tahun mendatang kekuatan dan ketahanan bahunya yang 'takder traps' itu akan dapat menjulang kettlebell yang berat2...


Waktu itu hanya bentuk badan seperti atlit bina badan dan model seluar mandi Speedo sahaja yang dianggap 'legit'. Jurulatih2 gym pula asyik hendak jadikan anak murid mereka seperti itu...

Jurulatih senior itu pun tahu hakikat perjalanan untuk dapatkan tubuh seperti 'kesukaan ramai' tersebut perlukan masa, program/gerak senaman yang sesuai, cukup makan dan rehat untuk bertahun lamanya dan tidak kurang jugak ada yang ambil jalan pintas guna dadah (PED)...

Bro_Lan pulak minum protein shakes pun sering cirit-birit sebab perut tak tahan susu inikan nak berhabis duit cucuk/makan streoid...

Kembali Ke Tahun 2022 Pada Satu Tengahari Di Sebuah Gym



Lagu diatas kedengaran di speaker gym tersebut sewaktu Bro_Lan sedang workout bersama buah hati, Amoi Rambut Macam Avril. Pabila lagu2 diantara tahun 2006 hingga 2008 berkumandang, terus teringat memori2 ketika saat itu.

Kisah dia kena sound direct sebab bentuk badannya hanya biasa2 ajer di tahun 2006 itu bermain di fikiran. Intensiti latihan menjadi berkurangan dan hal ini disedari oleh si amoi...

Amoi Rambut Macam Avril : "Sayang, are you alright? Jarang you slow down in the middle of the workout. You want to rest a while?"

Bro_Lan : "Boleh jugak. Tiba2 something starts to mess up with my focus..."

Amoi Rambut Macam Avril : " Kenapa sayang? You want to talk about it?"

Bro_Lan : "We take a short break, then continue our training. After that I'll share with you what was bothering me just now."

Si amoi setuju dan jadi kagum dengan tahap kesungguhan Bro_Lan yang mahu habiskan sesuatu kerja sampai selesai walaupun tumpuan terganggu. Dia terus duduk bersandar pada dinding sebelah buah hati abang melayunya itu selepas cool down.

Abang melayunya itu pun ceritakan lah hikayat "Badan Ko Biase Jer!Ko Takder Traps!" Dia dengar dengan penuh minat dan sesudah itu dia tersenyum.

Amoi Rambut Macam Avril : "That senior trainer still working at that gym?"

Bro_Lan : "No more. He quit because one of his client offered him to work as PA of a big company."

Amoi Rambut Macam Avril : "Problem solved sayang! He himself pun tak passionate in fitness,dapat kerja lain terus cabut! Lagi nak nasihatkan orang lain to have certain body image standards! So tak perlu susah hati terasa hati dengan dia! If you both duduk US during this viral era , you boleh saman malu dia for body shaming!"

Ada benarnya cakap si amoi dan ia membuatkan Bro_Lan terdiam sejenak...




 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan