Jumaat, 29 November 2019

Lauk Kari ,Lagu Tamil, Kuat Sendi ! @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Sungguh nikmat pabila Bro_Lan menikmati sepinggan nasik putih dengan kuah kari banjir bersama udang masak merah  di sebuah restoran India Muslim. Sambil menjamu selera, radio Tamil disitu sedang putar lagu Ra Ra Ramaiyya dari filem Bashaa, cerita favorite Bro_Lan lakonan #Thailavar #SuperstarRajnikant!




Terus terbayang adegan dalam filem itu dalam kepala sambil tangan menyuap nasik. Sakit2 sendi sejak kursus dan pertandingan kettlebell beberapa hari yang lepas, langsung tidak terasa dek syoknya gulai kari sambil layan lagu Tamil!

Entah kenapa suka sangat Bro_Lan makan biryani ( Arab mahupun India ) dan lauk berempah. Pernah dia tanya pada ibunya sebab mengapa dia bersifat semacam itu dan ikuti dialog tersebut dibawah :

Bro_Lan : "Mak, napo yo? Eden gomar bonar lah biryani, lelauk kari ni?" 
Bonda Tersayang : "Maso ekau dalam poghut maghin, omak kuek makan biryani!"

Pendek kata, semasa dalam kandungan lagi Bro_Lan sudah 'terbiasa'  dengan lauk kari! Geli hati jugak pabila memikirkan hal itu lantas membuat dirinya ingin berjoget seperti hero-heroin filem Tamil untuk menghiburkan hati. (Pembaca budiman boleh replay lagu diatas ya!)

Beberapa tahun lalu , ada dia terbaca tentang manfaat makanan berempah terutama yang kaya dengan kunyit untuk kekuatan sendi. Ada juga kajian yang dibuat pada orang India yang dietnya penuh rempah ratus jarang kena sakit sendi.

Terus dia teringat tentang pengalamannya melatih ah moi, ah soo , pendek kata wanita berketurunan Cina yang kerap sakit sendi ketika bersenam. Baik tulang belakang, lutut, bahu dan kerap kali juga pergelangan tangan kelompok ini 'rapuh', brittle. 

Dalam kelas kettlebell untuk kakak-kakak setiap pagi Selasa juga, sering kali dia dapat 'aduan rakyat' wanita berbangsa Cina sakit,lenguh itu dan ini. Kakak-kakak yang berbangsa India hampir tidak ada complaint langsung perihal sakit sendi ini. Wanita bangsa Melayu pula kadang-kadang ada juga mengadu hal yang serupa. Secara umumnya :


  • Diet orang Cina di Malaysia ini banyak berbentuk rebusan seperti sup, steam boat, sedikit bergoreng atau berkuah dengan letak banyak bawang putih. 
  • Diet orang India  adalah kaya dengan rempah ratus dalam hampir setiap hidangan.
  • Diet orang Melayu pula banyak goreng ranggup dengan gulai lauk pertengahan di antara diet orang Cina dan orang India.
Bro_Lan bukanlah pakar bab sosio budaya permakanan di Malaysia, dia pandai makan hidangan itu sahaja. Akan tetapi pabila dia perhatikan isu sakit/lenguh sendi kerap berlaku pada wanita Cina, mungkin juga kurang makan lauk berempah menjadi salah satu faktor penyumbang disamping kurang rehat, salah buat gerak senaman atau lemah otot tertentu.



Sebagai seorang jurulatih, Bro_Lan bersikap terbuka dalam mengajar anak didik. Jikalau ambil supplement atau makanan tertentu yang kaya curcumin seperti kunyit boleh membantu kurangkan mengomel, mengada-ngada dek sakit sendi tanpa menggangu kesihatan, go for it

Baginya, untuk dapat result yang baik dalam latihan, penting sekali bab urus kesakitan/kecederaan tidak dipandang enteng, tetapi jikalau hanya lenguh sikit-sikit jer pun nak complaint jawabnya = Suka hati ko lah, asalkan bahagia!

Ahad, 24 November 2019

Sudut Pandang Bro Lan : Hero Otai Settled Down

Salam pertemuan.



Terminator dan Arnie. Rambo dan Sly. Dua franchise filem aksi dan dua orang pelakon aksi yang punyai legasi...



Rambo dan Terminator adalah filem yang ditonton sejak saya masih sekolah tadika lagi. Waktu itu hanya ada RTM1 , RTM2 dan TV3. Filem-filem Hollywood hanya ke udara di saluran RTM2 setiap Selasa dan Khamis jam 9 malam. Jikalau terlepas tonton, alamatnya tunggulah berbulan malah bertahun lagi barulah ada re-run.

Badan sado, keberanian dan aksi macho lakonan kedua hero filem ini menjadi inspirasi ketika itu. Hendak buat badan mahu nampak seperti Arnold atau Stallone. Fesyen baju dan rambut pun mahu ikut mereka berdua. Ikat kepala warna merah dan kaca mata gelap yang mereka gayakan sebelum beraksi menumpaskan musuh jadi suatu trend...



Guru-guru dan ibu bapa ketika itu sering kali memarahi dan menghukum pelajar-pelajar lelaki yang asyik kemaruk menonton/minat kedua filem dan pelakon ini. Murid-murid itu dicap sebagai pemalas, tidak ada masa depan, kuat berangan/berimaginasi...



Saya tergolong dalam murid-murid yang dilabel seperti diatas...Cikgu-cikgu yang melabel itu pula majoritinya adalah perempuan yang memang tidak layan langsung cerita tembak-menembak, letupan dan ledakan disana sini,pendek kata filem penuh aksi. Cikgu lelaki okey pulak, barangkali mereka pun pergi pawagam dan menonton ketika itu...

Apa yang cikgu-cikgu perempuan ini (yes, I have issues with my female school teachers,period!) tidak tahu filem Arnold dan Stallone ini ada beberapa learning curve yang secara tidak langsung ditanam dalam minda separa sedar (subconcious mind). Hal ini mungkin boleh memberi motivasi disebalik adegan hero meletupkan sarang orang jahat yang hanya nampak ganas pada mata cikgu-cikgu tadi. Teruskan membaca sekiranya anda adalah peminat dua filem aksi ini dan baca catatan lain diblog ini jikalau anda tidak boleh masuk langsung catatan kali ini...

1. WALAUPUN ANTAGONIS (ORANG JAHAT) SANGAT HEBAT, MALAH KEBAL PULA , TERUSKAN BERJUANG!

Cyborg dari masa hadapan yang cuba membunuh anda dan peratusan anda untuk hidup adalah tipis. Akan tetapi hero tetap berjuang dan sentiasa kuatkan semangat, cari jalan dengan harapan musuh ini nanti pasti tumpas juga!


2. MANFAAT SUMBER YANG ADA TANPA MENGELUH/COMPLAINTS!

Hanya dengan sebilah pisau tajam (asal-muasal panggilan Pisau RAMBO) dan sepucuk senapang, satu pasukan musuh dapat dikalahkan dengan membuat banyak perangkap disekitar kubu mereka!

3. RANCANGAN PERTAMA TIDAK BERHASIL, MOVE ON PLAN YANG BERIKUTNYA!

Cyborg itu liat sangat hendak dimusnahkan dengan grenade ,gunakan senjata atau taktik lain! Gagal lagi? Teruskan berjuang!

4. MATLAMAT PERJUANGAN MESTI BETUL-BETUL JELAS, TIDAK BOLEH 50/50!

Selamatkan tahanan perang sebanyak yang yang boleh dan letupkan kem komunis ini adalah dua matlamat utama! Anda mesti sudahkan misi itu sebaik mungkin! Tumpuan mesti betul-betul fokus pada sesuatu misi!

**********************************************************

Semua nilai pengajaran diatas diperkukuhkan lagi dalam dua franchise di atas pabila hero sudah pakai kaca mata gelap (Terminator) dan ikat kepala merah (Rambo) menandakan kemuncak aksi melawan musuh akan bermula dalam adegan berikutnya atau peralihan fasa dari kekalahan kepada kemenangan.

Cuma dalam filem penutup Rambo dan Terminator, Stallone tidak pakai lagi ikat kepala itu dan Arnold pun begitu dengan kaca mata gelapnya. Mungkin tanda mereka sudah settled down dan meningkat usia 70-80 tahun. 

Apapun, filem dua orang atok ini tetap saya layan sebagai nostalgia zaman sekolah rendah hingga kini. Lantaklah jikalau bebudak sekarang tidak boleh masuk...






Jumaat, 15 November 2019

Majlis Habib & Team Kettlebell

Selamat bertemu kembali...



Fasal Majlis Habib 1



Kuliah pengajian kitab bersama Maulana Iqbal Zain Al Jauhari seperti video di atas sering memberi kesedaran pada al faqir. Jadual kerja penuh dan latihan kerap menjelang pertandingan akan datang seringkali meletihkan badan, tidak larat pula ingin ke majlis2 Habib.

Rindu sangat ingin datang ke majlis2 ini dan sentiasa berdoa agar dipeluang untuk hadir.Bulan Rabiul Awal sudah pun tiba dan berlebih lagilah kena rancang untuk pergi majlis2 Cinta Rasul#AzamHadir #InshaAllah

Fasal Team Kettlebell 1



Ahli pasukan sudah mulai risau dalam bersiap sedia untuk bertanding. Seboleh mungkin al faqir berikan suntikan semangat untuk pertandingan kedua dan pertama mereka ini.

Mereka juga berusaha sedapat mungkin untuk berlatih walaupun ada kerja dan urusan keluarga. Pengorbanan masa dan tenaga mereka cukup al faqir sanjung tinggi. Berkat kerap ke majlis2 Habib, jiwa ini jadi lebih cool dan tambah sabar/syukur/redho untuk memahami keadaan/masalah ahli pasukan...

Latihan terakhir mereka banyak bikin long steady distance cardio untuk bertahan lama dengan set 5 minit dan 10 minit yang menjadi mercu tanda acara sukan kettlebell.



Fasa Majlis Habib 2 



Beberapa minggu menjelang hari pertandingan, kesihatan pula kurang mengizinkan untuk banyak berlatih. Makan juga ubat akan tetapi masih kurang sihat. Mudah-mudahan sesudah pergi ke majlis Mawlid diatas dapat kekuatan rohani dan jasmani serta kemenangan untuk ahli pasukan...

Majlis hari Jumaat dan hari pertandingan pula Sabtu. Al faqir tiba awal di Masjid Jamek dan dapat duduk dalam. Masjid yang jadi salah satu ikon Kuala Lumpur ini memang jikalau lambat solat diluar jawabnya.

Habib Najmuddin Al Khered : "Eh datang dari mana?"

Al faqir : "Dari Damansara (rumah) ya Habib."


#GuruMulia Habib Najmuddin Othman Al-Khered

Sebak rasa hati pabila orang banyak dosa dan kesalahan ini diberi nikmat dapat berkenalan dengan #gurumulia dan duduk di majlis-majlis mereka...#Insaf #AkuBanyakDosa #PohonAmpun

Fasal Team Kettlebell 2



Semenjak mula bertanding sukan kettlebell dari tahun 2013 belum pernah al faqir dapat habiskan set dua biji kettlebell untuk 10 minit, paling lama pun seperti video diatas, tidak sampai tujuh minit pun. 



Dalam perjalanan menuju matlamat untuk survive set 10 minit ini, gerak Rack Pull At The Knee sering jadi menu utama disamping kettlebell overhead press, barbell lunges/front squat/bicycle squat dan hip thrust.



Adakalanya ikut serta kelas body pump dan pilates sebagai add on dalam persiapan menuju pertandingan ini. Pabila ahli pasukan berlatih, al faqir ikut mereka sekali.




Gigih dan fokus betul mereka ketika dalam sesi latihan. Ada yang baru kali pertama masuk bertanding dan ada juga yang kali kedua. Usaha al faqir yang tidak seberapa ini untuk mencapai matlamat dan membantu mereka menjadikan diri ini sangat perlu berdoa...


Fasal Majlis Habib 3


#GuruMulia Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid
Teruk betul kesesakan lalu lintas menuju pusat bandar Kuala Lumpur malam menjelang Maulidur Rasul 2019! Entah datang dari mana dan hendak buat apalah kereta, van ini semua! Lori pun juga!

Hampir sahaja putus asa, mengalah untuk hadir Mawlid Akbar 2019 di Masjid Muaz Bin Jabal, beberapa meter sahaja daripada stesen LRT Setiawangsa, bersama guru mulia Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Dalam hati masih terus berdoa agar selamat sampai...



Full house masjid malam ini! Masuk sahaja ke perkarangan masjid, giliran tausiyah penutup oleh Al Habib sendiri dan ditutup majlis dengan doa panjang. #perfect_timing

Saat itulah digunakan untuk menyelitkan doa2 sendiri dalam hati dan mudah-mudahan esok team dapat kejayaan...

Fasal Team Kettlebell Akhir





Alhamdulilah! Seperti pengalaman dapat snatch 100 reps dengan 24kg dahulu , 10 minit double 16kg jerk itu berjaya ditundukkan dengan 99 ulangan!



Ahli pasukan yang lain juga beraksi dengan baik sampai ada yang jadi best lifter!




Syukur betul! Kabul doa yang dipohon dalam majlis2 Habib semalam.

Gambar2 diambil daripada Coach Mekulin!
Hampir semua dapat Ranking 3 atau 2.Bising juga platform pagi itu sebab berkongsi dengan acara Zumba, K Pop Fitness, Bollywood disebelah.




Adakalanya musik terlalu kuat, akan tetapi mereka terus sahaja habiskan set sehabis baik.



Tahniah untuk mereka, tulus dari hati sanubari al faqir sendiri...

Fasa Majlis Habib Akhir.
Success stories dan kisah berjaya bangun setelah jatuh seperti ini sesudah kerap ke majlis2 Habib, Maulana menjadi pencetus motivasi untuk konsisten berbuat amal soleh. Insha Allah akan al faqir kongsi setakat mana yang boleh di blog ini sebagai penaik semangat untuk pergi majlis2 berkat ini.



Semoga bermanfaat dan bertemu lagi dalam catatan2 akan datang...


Insan Faqir,
Azlan Zain Mohamed, SFG2