Ahad, 19 Mac 2017

Sudut Pandang Bro Lan : Rahmat Di Sebalik Kecederaan

Salam pertemuan.



Pabila Walt Disney telah membeli hak milik franchise Star Wars daripada George Lucas, jalan cerita terdapat banyak perubahan tetapi lakon layar , cinematography bertambah mantop! 

Sebagai peminat tegar 'Dark Side of The Force' , adegan Darth Vader 'menyembelih' perajurit2 Perikatan Pemberontak di atas , saya kasi 5 bintang!! 

Sekiranya anda bukan peminat Star Wars dan langsung tak boleh masuk akan ceritanya ; #ImNotAStarWarsGeek , saya sarankan bacalah catatan2 yang lain dalam blog ini. Kalau anda pun kaki Star Wars, layan main lightsaber dengan adek2/anak2, teruskanlah membaca.

 
 
Darth Vader telah kehilangan hampir segala2 nya yang beliau cintai/miliki : isteri, putus kaki dan tangan, badan hangus dibakar, cacat kekal seumur hidup,terpaksa bernafas guna life support, turun tahap kebolehan The Force secara mendadak, pakai baju perisai dan topeng yang sangat menyiksakan zahir batinnya dan paling tak boleh blah jadi pencacai/macai/budak suruhan sampai mati kepada mahagurunya, Emperor Shiv Palpatine/Darth Sidious yang bila2 masa sahaja boleh menamatkan riwayatnya dengan satu serangan kilat biru Force Lightning!



  Beliau faham hakikat itu semua dan berazam untuk bangkit, literally rise from the ashes cakap omputihnya. 

Dahulu ketika beliau mahir jurus ke 5 seni light saber : Shien/Djem So, yang banyak aspek serang balas berbanding bertahan, kini teknik itu diubahsuai ikut struktur baju perisai dan cybernatics yang beliau ada sesudah kecacatan kekal diatas.



Penguasaan beliau pasal aplikasi The Force jugak bertambah mutu dan hampir semua Jedi2 pengkhianat Galatic Empire tak mampu bersemuka dengannya.

Perkembangan ini membangkitkan semangat beliau untuk menggulingkan Emperor Palpatine yang memperkudakannya ditambah dengan khabar gembira anak lelakinya Luke Skywalker masih hidup... 

Beliau telah cacat, hidup penuh tekanan tetapi mampu bangkit walaupun makan masa hampir dua puluh tahun ( ikut riwayat Star Wars {Dark horse Comic} Legend, sebelum dibeli dek Disney dan ditukar kepada Star Wars Canon {Marvel} ).

Jalan hidup anda mungkin ada sedikit kena mengena dengan watak Darth Vader, mungkin jugak anda jenis sangat bertuah langsung tak mengalami kecelakaan seteruk beliau. Boleh jadi jugak kisah rekaan ini jadi rangsangan untuk bangun sesudah jatuh...

Apapun jua, lihatlah dan carilah : Rahmat Di Sebalik Kecederaan itu...

Siri akan datang : Jangan  Bosan Belajar/Berlatih  Skill Yang Sama