Sabtu, 11 April 2020

You Got Nice Booty! #HikayatBootyMan @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Bro_Lan datang gym awal petang itu. Sempatlah bikin #hipthrust sebelum kelas bermula. Empat set atau lebih, 8-12 ulangan sudah cukup rasa #bootyburned


#guysdoglutestoo
Banyak manfaat yang Bro_Lan dapat daripada gerak ini:

  • Powerful hip snap untuk hayunan kettlebell dan variasi rack pull/deadlift.Pendek kata posisi lockout cukup padu dan kemas. Otot punggung betul-betul dapat squeeze dengan optimum!


     
  • Jarang sakit lutut dan kurang sakit pinggang, hanya berlaku jika overworked atau ikuti rutin senaman yang baru. Pabila kembali buat hip thrust dan glutes bridge/hamstring curl terus tidak terasa lagi sengal/lenguh tersebut.

Otot glutes yang kuat ini menjadikan Bro_Lan begitu athletic dan motivasinya meningkat. Sesi latihan seperti dalam video dibawah menjadi semakin bertenaga dan penuh semangat.



Dia jadi lebih 'bersemangat' pabila auntie, kakak malah amoi model pun 'geram' lihat ototnya itu...Mereka terus tanya senaman apa yang Bro_Lan guna untuk untuk #booty yang menawan itu selepas kelas!

Jawapan untuk soalan itu masih sama tahun demi tahun : Hip Thrust dan segala macam variasinya!



Gerak ini berkesan dan Dr.Bret Conteras adalah pelopornya. Apa yang perlu auntie, kakak dan amoi ini buat ialah :

  • Angkat bebanan diantara 3- 6 set dengan 6 -12 ulangan jikalau gunakan barbell atau smith machine.
  • Pandu uji kedudukkan bukaan kaki semasa bikin senaman ini : 2 kaki, off set /staggered/kick stand  mahu pun satu kaki. Posisi mana yang dapat rasa glutes , itulah yang selalu kena set up. 
  • Untuk versi bodyweight dan/atau band, buat gaya AMRAP atau going for the burn!
  • Consistent dan SABAR! Bina glutes ini bergantung juga pada genetik anda. Jikalau badan terlalu kurus mungkin lama untuk dapat lihat booty yang menawan itu.
Suatu Petang Di Tahun 2015 #HikayatBootyMan
Ada seorang trainer level celebrity ( media sosial tempatan Melayu lah ) digelarlah akan dia sebagai Booty Man oleh kaki2 gym tempatan. Pasal apa dia dapat gelaran itu, tidaklah Bro_Lan dapat mencari puncanya! #Takde_Kuasa_Lah_Aku

Bro_Lan ada dengar dan kadangkala terbaca juga post Booty Man ini. Dengar cerita dia injured dan rehat lama. Hendak jadikan cerita dia dan isterinya joined gym yang jadi 'kubu kuat'  Bro_Lan .

Booty Man ini rupanya sama tinggi dengan Bro_Lan. Faktor kecederaan menjadikan Booty Man ini 'mengecut' ototnya. Ada juga Bro_Lan tengok jikalau glutes Booty Man ini besar, toned ke tidak?!

Takder la besar pun, besar lagi glutes Bro_Lan! !Hahaha!#Indah_Khabar_Dari_Rupa

Bro_Lan pula tengah melatih Darth Yen Jin  



untuk menjadi #SithLord





dalam sukan kettlebell ketika itu. Masih diperingkat awal ketika itu. Glutes strength menjadi tumpuan dalam latihan, agar kettlebell seberat 16kg dapat dijulang tinggi!

 

Sedang mereka berlatih, datanglah Booty Man menegur sapa.Bro_Lan walaupun penat, layankan jelah.

Booty Man : Eh , bro ni yang ajar kettlebell kan?

Bro_Lan : A'ah betul! :D

Booty Man : Pompuan aje kan yang banyak belajar kettlebell ni?!

Mesti dia da ikuti pergerakkan Bro_Lan dikumpulan kurus badan kira kalori beberapa tahun dahulu...Bro_Lan sedikit angin dengan kenyataan Booty Man itu sebab ada juga anak didiknya daripada golongan jejaka.



Dalam kumpulan tersebut ada beberapa golongan skeptikal dengan kettlebell yang beranggapan latihan kettlebell hanya sesuai untuk Met Con, Tabata, HIIT sahaja dengan kenyataan angkat kettlebell boleh kecutkan otot

Well, Bro_Lan beg to differ!Shoulder hyperthrophy pada tubuhnya adalah manifestasi high volume kettlebell work dan glutes, ehem, dari hip thrust, glutes brigdes dan lunges.




Waktu itu Bro_Lan belum add on lagi variasi #rackpull , jikalau tak lagilah sado mengatasi Booty Man!


Perbualan itu dipendekkan sebab banyak lagi set hendak dihabiskan dan gym pula sudah mahu tutup. Hati Bro_Lan yang sensitif itu masih terasa walaupun sudah tiba dirumah. Macam rasa terhina pulak sebab cara latihan/didikan yang diajar seolah-olah hanya sesuai untuk wanita sahaja.

Dia ambil kata-kata Booty Man itu sebagai pembakar semangat untuk jadi jurulatih yang betul-betul pakar melatih wanita...

2018 - 2019



Bro_Lan masih lagi melatih atlit-atlit wanita dan kelas mingguan di gym itu juga ada lelaki yang joined! Skill mengajar juga bertambah baik.



Hati Bro_Lan tidaklah sensitif sangat seperti tahun 2015 dahulu dan dia kini berterima kasih dengan statement Booty Man itu yang menjadi salah satu pemangkin prestasi! Dah lama menghilang  Booty Man dari gym, dengar ceita isteri yang sama-sama workout dengannya dah beranak. Bro_Lan kini doakan si Booty Man dan keluarga sentiasa diberkati Ilahi...#No_More_Heart_Feeling