Ahad, 3 Mac 2019

Jacobs Ladder & Long Cycle (BHG 4)

Selamat bertemu kembali...


Kali ini Erg Rower & Jerk
Selain mesin Jacobs Ladder dan Concept 2 Rower, mesin Erg Rower juga saya 'pandu uji' dengan program  Clean-Jerk-Row seperti yang dikongsi dalam siri2 sebelumnya. Kunci utama :

  • satu alat senaman cardio
  • satu senaman total body dengan dua biji kettlebell
  • selang-selikan antara keduanya



Beberapa bulan dahulu, dengan blueprint yang serupa, saya gunakan double kettlebell jerk bersama Erg Rower. Senaman ini adalah mencabar buat saya sebab cepat sangan tangan pumped, walhal untuk memperbaiki ranking saya perlu dapat banyak reps!


Erg Rower 'menambah perisa' pabila bikin jerk dengan menjadikan tangan lebih pumped! Matlamat utama ; surpassed that pump and get more reps!

Trainer dan member CHI Fitness di BSC itu pun dah faham sangat pabila saya bawak dua biji 20kg dekat dengan mesin itu! Bad day or happy day, jikalau ada masa terluang sesudah/sebelum mengajar kelas, saya usahakan untuk bikin workout ini.


 Ksenia ini memang tinggi,atau saya memang pendek!
Minggu lalu, jaguh sukan kettlebell Ksenia Deyukhina , turun Kuala Lumpur dan bikin seminar pada hari #PRKSemenyih pulak tu! Awek cantik ini memang sinonim dengan acara snatch dan terkial-kial saya dan peserta bengkel lain hendak ikuti lenggok geraknya.



Akhir bengkel dia bikin workout bersama semua peserta dan saya ambik peluang rakam video dia coching saya semasa jerk set. Dia syorkan  saya buat banyak latihan endurance untuk tahan lama acara jerk.




Saya pun buat seperti yang disyorkan dan kesan daripada latihan jerk dengan erg rower itu betul-betul berkesan! Ditambah dengan beberapa program double kettlebell complexes oleh #StrongAsHec ini:



dan latihan variasi barbell rack pull:




,set latihan jerk itu saya rasakan mudah dan tidak otot pulak tidak lagi beberapa pumped!



Pabila saya dapati ada kesan positif daripada latihan ini, insha Allah pertandingan akan datang akan bertambah baik keputusannya.


Bersambung...