Selasa, 27 September 2016

Bro, Camner Nak Kasi Bukak Dada Masa Swing? (Siri 1)

Salam pertemuan...
Ucapan terima kasih kepada rakan taulan dan pengikut blog yang telah mengirim video untuk saya teliti demi penambahbaikan.Kemudahan dan kecanggihan alat komunikasi dewasa ini menjadikan proses latihan menjadi mudah.
Beberapa bulan dahulu pun, sesi Skype bersama Brittany ini banyak membantu saya memperbaiki teknik sukan kettlebell terutama acara long cyle. Anda lihat sendiri video pertandingan pertama saya pada tahun 2013 ( ehsan Tuan Anip Statham :D ) : 
 
bandingkan dengan video terbaru dua bulan dahulu :

Tentunya banyak berbeza bukan? Baiklah, sekarang mari kita sama-sama lihat cabaran yang dihadapi oleh sebahagian daripada anda yang baru mula hendak swing : Dada Tak Dapat Dibuka Luas Sepanjang Ulangan (Reps) Swing. Mari tonton video lama ini dahulu :

 

Nak buka dada ini memang sukar terutama pada umat manusia zaman moden ini yang sibuk dengan skrin televisyen, telefon pintar yang menjadikan kita semakin 'mengecut'. Tips pertama saya untuk anda : POWER POSING 2 Minit Setiap Hari! Tonton video ini pula.

 

Anda berbaring terlentang ; kaki terkangkang sedikit.Sekarang anda depakan tangan pada jam 2 dan 10, turunkan bahu, jinjangkan leher. Bernafaslah dalam-dalam dalam Power Posing itu untuk 2 minit, buat setiap hari kalau boleh. 

Lakukan selama seminggu, insha Allah ada sedikit perubahan pada mood, semangat anda. Lakukan sebelum Face The Wall Squat dan Box Squat yang saya tunjukkan dalam video tunjuk ajar swing itu sebagai panas badan atau mobility drills.

Insha Allah ada sedikit perubahan positif pada postur swing anda...

Bersambung...

Khamis, 15 September 2016

Kisah Si Atan Sang Minimalist

Salam pertemuan.

 

Bengang betul Si Atan sebab  filem Kabbali lakonan pelakon pujaannya , #SuperStarRajnikant sudah habis main dipanggung. Untuk mengubati hatinya, dia pun layanlah seorang diri cerita Geraftaar di atas.



 Sambil menonton dia pun meneliti beberapa program senaman yang saban minggu atau bulan sampai di peti simpanan e-mailnya. Setiap susunan senaman dalam program-program berkenaan tidak diambil bulat-bulat, buta-buta tanpa dirujuk pada hukum-hukum asas ilmu gerak badan yang sesuai untuk anak muridnya.

" ONE MAN PLEASURE IS ANOTHER ONE POISON

Inilah antara moto yang digunakapakai oleh Si Atan. Program untuk atok berumur 80 tahun sewajarnya tidak sama dengan adik kecil berusia 8 tahun atau budak 18 tahun yang baru lepas SPM. Senaman explosive untuk amoi peminat mati keras Crossfit tidak semestinya boleh dilakukan oleh makcik kaki Zumba Zumbee. 

" BERPIJAK DI BUMI NYATA "

Dengan tidak semena-mena, talipon pintarnya berbunyi.

Si Atan Sang Minimalist : Hello, Ibu Pejabat Bomba Jalan Hang Jebat

Awek Melayu Perasan Omputeh : LOL! Esok lepas our training jom gi makan. I belanja.

Si Atan Sang Minimalist : It's on. ( #nasikarabkambingkalauboleh ) 

Awek Melayu Perasan Omputeh : Cool, luv ya! 

Maka tamatlah perbualan mereka. Pada pandangan umat Melayu Malaysia , Atan dan awek tadi adalah pasangan kekasih sebab mesra rakyat satu macam.  Hakikatnya, awek, amoi itu adalah  sebahagian daripada lingungan anak didiknya.

Itulah ujian buat Si Atan yang masih bujang, dikelilingi wanita dalam tugasannya. Pesanan Habib-habib di majlis taalim akan diusahakan sekuat yang boleh...



Bersambung...     
  

     


Ahad, 4 September 2016

Mesej Di Pintu Masjid (SFG Korea 2016)

Salam pertemuan.


Sejuk betul Jumaat malam Sabtu itu. Saya menunggang motorsikal membelah Lebuhraya DUKE sesudah habis mengaji kitab di Masjid Muaz Bin Jabal sebentar tadi.

   

Saya kuat berfikir dalam perjalanan pulang itu. Manakan tidak sesudah keluar dari pintu masjid, saya menerima  pesanan baru daripada Team Leader StrongFirst di Korea.



"Anda telah terpilih untuk menjadi pembantu jurulatih untuk kursus Tahap Satu SFG bulan Oktober ini."

Hanya tinggal lima minggu lagi untuk bersiap-sedia untuk tugasan ini. Beberapa tahun lalu saya pernah dapat tugasan yang sama di Itali.


Pabila tiba dirumah, otak saya sudah dapat strategi yang jitu untuk 'beraksi cemerlang' di Korea. #inshaAllah 

Langkah pertama adalah mengenalpasti sebarang 'cacat cela' dalam pergerakan tubuh badan : pinggang/hamstring tidak lentur, sendi bahu tidak stabil/kukuh untuk teknik2 julang atas (overhead lifts) , nafas cepat habis/ semput dan perkara berkaitan.

  

Ada kalanya kita perlu back off sedikit daripada latihan dan menghalusi mana-mana kekurangan yang ada. Pada masa yang sama, saya juga luangkan masa pergi belajar, ikuti kelas/bengkel senaman mind & body seperti aerial yoga dan mat pilates.


Kelas-kelas begini bagus untuk saya sebagai 'pembuka mata' agar dapat saya temui cara-cara untuk menampung kelemahan dalam ilmu pergerakkan tubuh  badan. Tidak ketinggalan, selalu saya jadi #abangmelayuditengahamoi pabila menghadiri kelas-kelas di atas.



Saya ingat dengan boleh menjulang kettlebell saya sudah kuat tetapi amoi-amoi jurulatih yoga di atas menundukkan ego saya dengan mereka boleh stretch ibarat contortionist dan mampu juga buat inversion / arm balancing macam gymnast professional. Sambil berseronok dalam kelas, saya peroleh sesuatu untuk penambahbaikan.



Bersambung...