Khamis, 26 Mei 2022

Bro, Camner Nak Kasi Bukak Dada Masa Swing (Siri6)

 Salam pertemuan.


Lama sungguh sambungan siri ini, lebih lima tahun. Petua2 yang telah disebutkan dalam lima siri sebelumnya,banyak di 'pandu uji' , digunapakai untuk anak2 didik. Alhamdulilah, banyak membantu mereka untuk dapat membuka dada ketika bikin kettlebell swing.

Kali ini, kita akan lihat sebab2 kenapa anda membongkok semasa hayunan kettlebell. Mungkin diantara faktor2 ini, anda dapat kenal pasti yang mana satu perlu diberi perhatian.

1) Hulu Kettlebell Yang Sangat Kecil

Sepuluh syarikat pembuat/pengeluar kettlebell, anda akan dapati sepuluh spesifikasi berbeza! Hatta, jenis kettlebell yang digunakan dalam pertandingan!

Walau bagaimanapun,rekabentuk kettlebell adalah untuk kegunaan sebelah tangan (single mahupun double) dan two hand swing biasanya adalah tergolong dalam senaman peringkat permulaan.

Orang baru biasanya akan ambil kettlebell yang sangat ringan dan pegang dua belah tangan pula. Jika hulu terlalu kecil dan tidak digenggam sebelah tangan, maka sering terjadi dada akan masuk sedikit ke dalam dan bahu sedikit terangkat.

Untuk masalah ini, 'patahkan hulu' kettlebell tersebut sebaik sahaja ia digenggam. Teruskan aksi patah-mematahkan ini sehingga selesai satu-satu set latihan.

2)Otot-otot Sepanjang Tulang Belakang Lemah Dan Tegang.




Mungkin anda kurang beri tumpuan untuk otot2 belikat dan posterior delt seperti dalam video di atas. Mungkin juga anda jarang buat senaman untuk menguatkan hamstring sepeti video dibawah.



Mungkin juga langsung tidak pernah tahu kepentingan otot2 berkenaan apatah lagi buat senaman2 untuk menguatkannya. Pabila anda berjaya 'unlock' potensi otot2 ini, Insha Allah anda bakal perolehi banyak kelebihan dalam berlatih kettlebell termasuklah menurunkan kadar kecederaan.

Untuk pengetahuan anda, (sekadar bekongsi pengalaman bukan menunjukkan kehebatan) tumpuan lebih kepada otot2 posterior chain semenjak tahun 2011, saya kurang mendapat kecederaan bahu dan pinggang (lumbar) walaupun menghayun entah ribuan kali kettlebell hampir lebih 13 tahun. #Alhamdulilah

3) Belum Terbiasa Dengan Postur 'Hati Terbuka' atau "Adiwira"


Bab ini sudah saya berikan syarahnya dalam catatan2 sebelum ini secara am. Kali ini kita anda memperhalusinya.

Biasanya orang baru akan rasa cuak, gementar, gemuruh untuk hayun kettlebell. Kemudian banyak pulak petua/tips yang perlu digunapakai, maka bertambahlah berdebar hati mereka!

Mode parasympathetic (defensive/bela diri) mereka jadi aktif secara automatic dalam keadaan tertekan seperti situasi diatas. Bahu jadi menguncup dan belakang jadi membongkok, tidak ubah seperti peninju atau atlit MMA dalam ring/sangkar.

Tekanan adalah ancaman! Atlit MMA dan peninju diatas perlu berwaspada dengan serangan pihak lawan kepada organ2 penting pada badan mereka oleh pihak lawan untuk meraih mata atau KO! Postur membongkok menjadi asas utama untuk perlindungan.

Kenapa jadi begitu tatkala hendak belajar kettlebell swing? Silapnya pada jurulatih dan juga anak murid.

Jurulatih : Terlalu banyak teknik dan tips sampai anak didik tidak dapat menangkapnya.

Murid : Terlalu inginkan kesempurnaan, takut buat salah.

Oleh sebab itu, berilah tunjuk ajar/pelajari teknik yang mustahak dahulu (short and simple), kemudian just let go, berani untuk salah buat kerana itulah resmi orang baru...

Maka anda akan dapati, dada itu akan mudah terbuka dan anda dapat menghayun dengan rasa yakin...

Bersambung...