Sabtu, 7 Julai 2018

Baling Bola Dengan Tall/Half Kneeling @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...


Bulgarian begs, ViPr dan medicine balls sudah siap sedia untuk kelas latihan circuit sebentar lagi. Kadangkala pakai battling rope, Core Board/Bosu dan TRX juga.


Biasanya inilah 'barang mainan' yang digunakan oleh Bro_Lan dalam kelas untuk orang awam di gym tersebut. Maaf, tiada gerak kettlebell atau olympic lifting dalam kelas ini sebab :
  • Bahaya untuk orang baru! Tidak semua orang yang datang gym ada 'movement awareness';banyak yang bongkok sabut ketika deadlift+siku bengkok ketika overhead lifts+pakai kasut yang tidak sesuai pulak tu.Lebih buruk jikalau mereka sudah pun ada kecederaan lutut+bahu+pinggang.
  • Teknik yang complicated!Anda mungkin mahir bikin snatch dengan barbell mahupun kettlebell tetapi ingat tak , entah berapa ratus atau mungkin ribu ulangan yang perlu buat untuk menguasainya!Jangan lupa jugak entah berapa kali anda missed reps itu dalam beberapa sesi latihan.Kerja gila = Suruh orang baru buat teknik itu dalam kelas circuit training!
Bro_Lan belajar dan mendapat pencerahan dalam majlis Habib yang mana ramai ulamak muktabar menulis banyak ringkasan kitab2 besar dalam bentuk buku yang lebih kecil supaya orang awam seperti boleh faham dan dapat beramal dengan isi kandungannya.


Hal yang sedemikian, pada hemat Bro_Lan adalah serupa dengan orang-orang yang join gym.Mereka hanya mahu berbadan lawa/sado dan elak/mimima kecederaan jadi keutamaan.

Maka dengan itu, jikalau mengajar kelas berbentuk circuit training ini, gerak yang dipilih adalah asas seperti : squat,luges,plank,pull,push,rotation. Yup,kelas itu tidak menarik sebab takder teknik cool atau fancy macam anda tengok di pertandingan Crosfit atau The Biggest Loser but it get the job done!


Gerak yang cukup menjadi kegemaran dalam kelas semacam ini ialah tall kneeling dan half kneeling medicine ball throw.Inilah antara pencerahan yang Bro_Lan bawak pulang daripada kursus Functional Movement Screening (FMS). Tonton video dibawah untuk lebih faham.



Anda hanya baling dan buang bola itu dalam keadaan melutut atau separa melutut, kemudian tambah baik ke posisi squat dan lunges. Akan tetapi anda tidak boleh bongkok,tunduk dan menonggeng ketika membaling; badan perlu sentiasa tegak dengan tulang belakang neutral

Mereka yang datang ke kelas pada mulanya tidak berapa nak faham kenapa perlu duduk melutut semasa membaling,Bro_Lan cuma arahkan mereka agar ikut peraturan diatas.Sesudah berberapa set dengan balingan dalam setiap kedudukkan melutut dan separa melutut itu, mereka mula berpeluh dan memberitahu posisi mana yang mereka 'struggle'. 

Posisi 'struggle' itu adalah pemberitahuan penting buat mereka.Posisi itulah mereka perlu perbaiki atau berhati-hati. Mereka tidak menyangka posisi semudah melutut itu mampu mencabar tahap kecergasan mereka.

Pagi Sabtu itu mereka dapat 'pencerahan ' dan dapat berpeluh di samping dapat belajar seni gerak badan yang betul dibawah didikan Bro_Lan. Hal demikian menjadikan hari itu adalah hari yang menceriakan buat Bro_Lan...

Darth Vader Pun Bikin Half Kneeling!