Rabu, 3 Jun 2020

Berkat & Lazat Labu Air #UstazIqbalZain @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...




Jam 3 petang sebelum PKP, setiap Rabu minggu kedua dan keempat, jikalau tiada job mengajar, Bro_Lan akan pergi mengaji kitab Syamail Muhammadiah 



yang disyarahkan oleh Maulana/Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari disebuah surau di Bandar Utama.


When I grow up, I want to be like Ustaz Iqbal... 
Tidak ramai orang ikuti pengajian itu, sebab dalam waktu pejabat. Biasanya Bro_Lan aje lah dikira orang muda dalam kelas itu. Kesempatan itulah dia dapat hadir ke majlis ilmu kerana sejak tahun 2018 hingga PKP bermula, sibuk dia bekerja hingga penat badan untuk ikuti kelas-kelas Habaib yang lain...

Sudah masuk bab menu makanan yang dimakan oleh Junjungan Besar Nabi SAW dan Bro_Lan dengar penuh teliti. Adakalanya mengantuk juga sebab kelas tengah hari.

Maulana/Ustaz Iqbal Zain : "Dubba' atau labu sangat digemari oleh Nabi Muhammad SAW, pasti ada keberkatan dan kelebihan padanya. Ulamak membahaskan jenis labu tersebut adalah labu air (sambil tunjuk smartphone gambar labu diatas). Akan tetapi labu pumpkin itu pun termasuk kategori yang sama."

Maulana menyuruh kami dalam kelas itu cari sendiri manfaat labu di internet dan ternyata banyak sekali : kalsium,antioksida,kurang kalori, sejukkan badan, bantu pencernaan, cegah barah

Bro_Lan kurang suka labu yang pumpkin itu dan sedang berusaha untuk ikut amalan Nabi SAW  tersebut sebaik mungkin. Labu air dia pula belum biasa lagi. Nantilah beli untuk cuba makan dan biasakan, kedai runcit bangla bhai dirumahnya banyak ada jual...#AmbikBerkatIkutNabi




Akibat tangguh punya pasal, langsung tidak terbeli itu labu air daa! Amalan soleh ini jangan ditangguh, jangan ditunda, jangan diambil ringan, biasanya akan terlupa, tertinggal.

Pendek kata, sesudah kelas dalam talian pengajian kitab yang sama disyarahkan juga oleh Ustaz Iqbal Zain barulah pergi kedai dan beli bersama kobis untuk dimasak. Menu untuk sahur pagi itu adalah nasi goreng. Bro_Lan mahu cuba letak labu air sahaja sebagai sayur.



Ikut riwayat dalam kitab, Nabi SAW memotong kecik-kecik labu untuk memperbanyakkan lauk. Ustaz Iqbal Zain memberikan contoh seperti mana jikalau kita memasak mee, kita tambah tauhu, tauge untuk jadikan hidangan itu banyak, maka Baginda Nabi SAW gunakan labu 'dubba' tadi.

Bro_Lan pun memotong labu air seperti itu dan campak-campak  ke dalam kuali. Teng,teng, teng bunyi sudip mengacau nasi dan labu tadi. Sedap pulak baunya, nasi goreng ringkas (pemalas pun iya jugak) siap dimasak tepat jam 5.15 pagi. Waktu imsak pukul 5.40 pagi dan tidak boleh berlengah lagi untuk makan.

Suapan pertama dengan nasi goreng  labu air itu sedap sungguh! Subhanallah! Rasa labu tidak terlalu ranggup dan tidak manis pula, menjadikan ia boleh 'get along' dengan nasi dan gulai! Lebih senang dikunyah daripada kobis lagi!

Habis licin nasi goreng itu!Sungguh mengagumkan keberkatan labu air ini buat Bro_Lan. Solat subuh pagi itu terasa begitu bertenaga dan bersemangat! Penuh syukur rasanya pabila dapat ikut satu sunnah Baginda Rasul SAW dan secara rasminya labu air menjadi pilihan pertama untuk sayur ... #AzamIkutNabi #InshaAllah