Isnin, 15 Februari 2021

Sudut Pandang Bro Lan : Senaman Asas Untuk Workout 1.0

 Salam pertemuan.

Dua gerak asas : Swing dan High Plank

Apakah matlamat utama kebanyakkan orang yang bersenam? Pada kebiasaannya senaman digunakan untuk :

  • kurangkan/turunkan berat badan atau lemak badan.
  • membentuk atau membina otot-otot tertentu.
  • jaga kesihatan jantung dan sendi-sendi.
  • perbaiki mood dan keyakinan diri.
Rata-rata ingin kurus/turun berat badan dan mahu bentuk badan menarik dengan bersenam disamping peka dengan makanan apa yang diambil.

Maka apakah gerak atau senaman yang sesuai untuk matlamat di atas?
Mudah sahaja jawapannya : Program senaman yang ringkas untuk diikuti / dihabiskan dengan susunan/aturan senaman asas yang mudah dibuat.

Kunci utama disini adalah RINGKAS dan MUDAH. Mari sama-sama kita lihat  beberapa program/senaman yang tular di laman sosial dan 'bedah siasat' samada ia menepati dua faktor ini.


Cabaran 10,000 Swing Sebulan.


Atau 300 ulangan sehari berselang dengan beberapa senaman lain seperti dips, mendagu atau squat. 24kg untuk lelaki dan wanita pula dengan 16kg.

Ramai yang berjaya menyudahkan cabaran dengan warna-warna terbang ( cakap omputih daa ) akan tetapi banyak juga yang kecundang.

Sakit pinggang dan bahu, tidak cukup rehat antara hari latihan dan rasa bosan tahap tinggi adalah masalah utama yang membelenggu dalam cabaran ini.

Cabaran ini , pada hemat saya, boleh diubahsuai dengan :
  • Bikin 5000 ulangan dengan latihan selang sehari.
  • Jika ingin juga 10,000 ulangan, hentam kaw-kaw untuk beberapa hari dengan tambah sedikit ulangan setiap hari latihan kemudian rehat dua  atau tiga hari.

Turkish Get Up


Gerak 'majestic' ini sangat menambat hati kebanyakkan kaki gym. Maka sayugia lah para jurulatih ataupun influencer masukkan gerak ini untuk anak didik/pengikut.

Untuk pengetahuan anda, inilah gerak terakhir yang saya akan ajar kepada anak murid sebab :
  • terlalu panjang untuk dihafal oleh mereka dan lebih baik waktu itu mereka buat senaman lain, biasanya hanya mereka yang ingin ambil sijil kejurulatihan kettlebell sahaja sesuai untuk di 'tarbiyah' dengan gerak ini.
  • kebanyakkan orang tidak memiliki ketahanan otot bahu yang minima untuk gerak ini.
Akan tetapi jikalau anda mampu bersabar untuk belajar get up tetapi bahu belum lagi tahan lasak, boleh bikin half get up atau variasi rack position ini :



Ataupun bikin sahaja gerak overhead lain yang lebih selamat dan selari dengan konsep Ringkas dan Mudah diatas.

1000 Kali Lompat Tali Sehari




Pada tempoh PKP 2021 ini, tali skipping Buddy Lee yang sudah bertahun dibeli dan jarang dapat 'kasih sayang' kini menjadi kembali menjadi tumpuan.

Trislide dan Aero Speed jadi penghibur #PKP2021

Salah satu cabaran yang menarik minat adalah lompat tali 1000 kali sehari untuk tujuh hari atau sebulan. Seperti Cabaran 10,000 Swing di atas, ada yang berjaya tetapi tidak kurang yang gagal.



Bosan, sakit lutut/pergelangan kaki dan tali asyik tersangkut menjadi faktor ramai tidak berjaya menghabiskannya.Bagaimana ingin ubahsuai cabaran ini?

Boleh sahaja dengan 300-500 kali setiap hari atau selang sehari.Pada hemat saya, cabaran semacam ini kurang diminati sebab sukar untuk beri komitmen beserta dengan kadar kecederaan yang tinggi juga.

Gerak Fancy Keterlaluan/Berlebihan Seperti Handstand Pada Tali Suspension


Tali ini boleh bantu anda untuk capai matlamat ; turun/kurangkan berat badan dan bentuk otot walaupun dengan gerak asas.  

Tidak menjadi kesalahan untuk bikin senaman yang fancy / advance , akan tetapi jika terlalu banyak, ia akan mengambil masa yang lama untuk pergi kepada gerak itu

Buat dahulu senaman asas untuk bina kekuatan/otot atau movement prep , kemudian jadikan gerak fancy itu sebagai finisher. Jikalau sudah kuat, maka adalah lebih baik anda masuk kelas silk yoga atau aerial silk mahupun gymnastik untuk orang dewasa.


Bersambung...