Sesudah anda membaca dan mengikuti dua catatan terawal bab ini, maka eloklah kita sambungan dengan apa yang perlu diperbuat untuk membuka dada agar tidak menguncup ketika swing.Kita akan mulakan dengan set up position untuk kettlebell swing dan deadlift.
Jaguh2 angkat berat dan powerlifting hampir kesemuanya ada 'ritual setting up' sebelum mengangkat sesuatu bebanan. Mereka berada dalam zon masing2 dan langsung tak menghiraukan orang lain di sekitar mereka, hanya tumpu pada barbell yang penuh weight plate di kiri dan kanan itu.
Anda juga perlu begitu.Ikutilah cara mereka.Hampiri kettlebell / dumbell / palang mendagu, apa saja tools anda untuk membina kekuatan dengan penuh tekad, tumpuan sebelum mengangkatnya.
Mereka mengunci, 'patahkan batang barbell/ palang mendagu ' itu, siap2 bukak dada, kepit ketiak, betul2 cengkam sepenuhnya tapak kaki sebelum pegang pun besi2 / bebanan tersebut. Ikutilah cara mereka.
Anda jangan lalok, khayal, day dreaming dalam setting up ini, FOKUS! FOKUS! FOKUS!
Gunakan nafas untuk membuka dada itu.Buka setakat yang boleh, jangan dipaksa keterlaluan.Pesan sahabat saya,Cindy Lee, jurulatih Forrest Yoga semasa dalam kelas lebih kurang begini :
" Aktifkan otot2 secara sederhana dalam sebarang posisi yoga, jangan terlalu push atau contract kuat sangat. Let it flow naturally."
Hahaha,untuk pengetahuan anda semua, tajam sungguh mata Cindy ni. Hanya selepas dua atau tiga kelas, dia boleh cam otot glutes saya sangat dominant dan cukup sabar mmperbetulkan gerak tubuh saya. Perlahan -lahan , badan saya jadi lebih rileks dalam kelas dan sedikit sebanyak ada penambahbaikan.
Anda jugak perlu sabar dalam proses membukak dada ini. Katakan anda sudah mampu swing tanpa badan membongkok/bahu menguncup untuk 5 reps tetapi lepas 7 reps kembali menguncup, maka reps dalam set anda jangan melebih 5 ulangan. Ukur baju dibadan sendiri dengan tidak gopoh-gapah atau berkeras jugak mau buat lebih daripada 5 reps. Slow and steady win the race.
Perhatikan jugak 'timing' anda semasa swing. Samada anda terlalu cepat atau pun terlalu lambat, kedua2 nya boleh menyebabkan bahu anda tertarik ke depan dan menjadikan dada tertutup, pinggang membongkok. Betulkan dahulu masalah ini dengan air swing/swing tanpa besi.
Anda teliti teknik2 penambahbaikan diatas,ada kemungkinan boleh membantu permasalahan dada tertutup, terkuncup ini. Kesimpulannya,
- Amati cara anda ketika hendak memulakan senaman swing, adakah posisi badan berada pada keadaan yang sepatutnya?
- Gerak berkualiti dahulu barulah tambah reps.
- Cepat sangatkah anda swing atau lambat betul? Biar besi terapung dahulu kemudian bawa turun seperti dalam video diatas.
- Sabar, nak bukak dada ini makan masa.
Entahlah si tukang tanya oi! Saya ini jiwa old school agaknya!
(Dengan tak semena-mena terdengar lagu Kabhi Kabhi jadi musik latar !)
#memori2007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan