Alat bantu latihan dengan kettlebell2 kesayangan. |
Siri2 yang lalu, anda telah dihidangkan dengan cara2 membukak dada menggunakan kettlebell.Kali ini saya akan mempersembahkan alternatif gerak penambahbaikan guna alatan senaman yang lain untuk mencapai tujuan tersebut.
Semenjak saya 'bertemu jodoh' dengan senaman yang diberi nama Inverted Row/Australian Pull Ups ini, ia menjadi salah satu elemen penting dalam repertoire latihan saya. Manakan tidak, senaman ini banyak pulangan dan manfaatnya walaupun punyai fungsi yang serupa dengan bent over row/ pendlay row dan renegade row yang saya ceritakan dalam siri yang lalu.
Sering kali saya lihat di gym2, ramai yang membongkok dan gunakan lebih kederat tangan semasa buat senaman bent over row, sekali gus mematikan terus fungsi senaman ini. Hal yang sedemikian kurang sangat terjadi peratusannya pabila anda buat inverted row.
Malahan,pada pendapat saya, inilah senaman nombor satu yang 'wajib' anda buat lebih2 lagi kalau ada gymnastic ring atau alat latihan suspension sebab horizontal pulling adalah elemen senaman yang ramai orang tinggalkan walhal sepatutnya ada dalam rutin senaman mereka.
Jason Ferrugia dan Dan John adalah antara jurulatih otai yang menyarankan anda buat senaman ini untuk kesihatan sendi bahu dan postur.Sila cari dan baca artikel mereka di internet ataupun beli buku mereka. Justeru itu, masukkan senaman ini dalam latihan anda dalam usaha membukak dada ketika swing.
Berikut adalah variasi senaman ini kalau anda ingin progress/regress.
Satu lagi senaman bukak dada yang anda boleh lakukan ialah Band Pull Apart.
Anda perlukan getah ringtangan (obviously) untuk gerak ini. Pastikan siku anda selurus yang boleh semasa melakukannya dan bayangkankan anda ingin regang dada itu seluas yang boleh.
PERLU KER WAT SUME SENAMAN DLM SIRI2 NI TUK BUKAK DADA, BRO?CAM BANYAK SGAT JER!
Buat mana yang berkesan pada diri anda untuk keterbukaan dada itu, mungkin Inverted Row berkesan tapi Bent Over Row tak berapa nak jadi kesan bukak dadanya.Lain orang, lain respond nya pada satu2 program/gerak senaman. Itu perlu untuk anda test drive sendiri.
Insha Allah kita sambung dalam siri akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan