Ahad, 1 Mac 2020

Overhead Press Ni Untuk Shoulder Ajer Ke? @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Catchy sungguh lagu Lean On ini di telinga Bro_Lan. Lagu ini dimainkan sementara dia menunggu auntie2,kakak2 yang akan ikuti kelas TRX pagi itu.



Rata-rata mereka tidak banyak complaints dan ikuti kelas Bro_Lan di CHI Fitness ESM dan Scott Garden dengan penuh semangat. Seperti biasa sesudah mengajar, dia bikin program-program latihan tertentu samada untuk pertandingan, sijil kejurulatihan atau bikin badan sikit untuk up motivasi diri.



Untuk Bro_Lan bina otot tanpa bantuan dadah terlarang, dia perlu jadi lebih kuat. Salah satu senaman compound mush have buatnya ialah : Double Kettlebell Overhead Press. Video diatas adalah Personal Record(PR) bulan lebih kurang enam bulan yang lalu. Dapat 6RM.





Empat bulan yang lalu pula dapat 7RM. Dua minggu yang lalu Bro_Lan dapat 8-9RM. Pendek kata, setiap dua bulan meningkat satu ulangan.



Jika dilihat sepintas lalu, dapat satu ulangan lebih daripada rekod terdahulu macam tiada impak besar/ 'wow factor'! Akan tetapi pabila dia angkat dua bijik 26kg itu, seumpama dia menghayun dan menjulang hampir 78% berat badannya dalam lingkungan enam hingga sepuluh kali.


Tinggal beberapa set lagi untuk dihabiskan dan Bro_Lan rehat sebentar. Lantas otaknya mengelamun sekejap, teringat akan dia suatu kisah beberapa tahun dahulu...

Satu Petang Di Tahun 2015...



Strict Z Press dengan stacked 16kg dan 12kg di kedua-dua belah tangan. Penuh perjuangan untuk habiskan percubaan ini. Dia berlatih dengan teman satu pasukan kettlebell yang terdahulu.


Selesai 'berjuang',datang trainer yang bekerja disitu untuk berbual. Bro_Lan layankan sahaja.

Trainer Ingin Tahu : You always work on your shoulders with overhead press.

Bro_Lan : It's actually a total body move. You got to activate and connect all you muscle to complete the lift, especially if the weight get heavier.

Faham sangat Bro_Lan, pada pandangan orang yang belum mengenal latihan #hardstylekettlebell, clean and press ini cuma senaman untuk bahu semata-mata. Akan tetapi dia berusaha jawab dengan baik, moga-moga dimasa hadapan trainer seperti itu berminat berlatih kettlebell.

Kembali Ke Tahun 2020...
Masuk suku pertama tahun ini dan Bro_Lan tidak menang tangan mengajar kelas sekitar gym di Lembah Klang. Penat juga dibuatnya sebab ada beberapa orang jurulatih lain 'lompat parti sejak tahun lalu, dipecat dan seumpamanya' (lebih kurang isu politik negara baru-baru ini) dan dia jadi bidan terjun untuk menyelamatkan nama baik parti,eh gym. Hal yang sedemikian membuatkan sesi latihan untuk diri sendiri sedikit terganggu.

Beberapa slot kelas malam juga dia ambil alih sekejap ( macam PM Interim pulak) dan dia berhasrat untuk angkat kettlebell sesudah itu. Malangnya keletihan menguasai diri dan dia batalkan sahaja niat untuk berlatih.

Ada member yang ikuti kelas malam itu dan rekodkan video. Kemudian tag pula Bro_Lan di media sosial. Mereka enjoy kelas itu dan ucap terima kasih. Dia pula  terima kasih pada member itu sebab gambar daripada video itu cukup beri motivasi penaik semangat :


Manifestasi latihan giat dengan overhead press adalah dada bidang dan belikat kembang matlamat utama #buatbadan untuk che abang 

Hampir lima bulan Bro_Lan bikin program double 26kg/28kg clean and press dan hypertrophy pada otot belikat dan bahu serta maintain #bootygain walaupun  kurang volume training dengan #smithmachinehipthrust.

Dia hanya perlu add on senaman untuk otot-otot yang lagging seperti calf, forearm dan besarkan sedikit peha #quadzilla. Kunci utama disini ialah :

  1. Senaman compound yang sesuai dengan fizikal/genetik  dan injury free sebagai asas/teras.
  2. Senaman add on/isolation/accessory untuk otot-otot yang perlu, tidak kiralah untuk tujuan pemulihan/elak cedera/estestika.
  3. Senaman cardio tidak kiralah gaya HIIT mahupun sekadar jogging 20-30 minit di taman untuk kesihatan jantung! (Jantung anda itupun otot, malah otot yang bekerja tanpa henti 24 jam!)
  4. Rehat/streching/relaxation jangan lupa!

Jadi, overhead ini bukan untuk shoulder aje la kan? Betul tak bro?
Benar. Tepat sekali...


Rahsia old time strongman jadi sado dan katang : Lots of Overhead Lifts  (macebell,barbell, kettlebell, kereta kuda,batu, orang) and deadlift/clean vatiation!












 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan