Selasa, 29 Oktober 2019

Ah Soo Sakit Wrist Buat Circuit @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Bro_Lan mengemas semula alatan sesudah kelas circuit pagi itu sambil melayan lagu di atas. Tertekan juga dia pagi itu melayan seorang ah soo orang kaya yang complaint senaman dalam kelasnya itu membosankan...



Pabila dia masukkan gerak  ViPr seperti video diatas, ah soo itu dan kawan-kawan susah pulak untuk ikut. Dia ajar bulgarian bags, pun begitu jugak, hanya asas sahaja.



Gerak yang  complex atau cool/advance mereka tak mampu buat. Tetapi tak mau boring! #Tertekan_Aku_Melayan! Hanya sesudah dia letakkan battling rope dalam studio utama itu, barulah ah soo itu diam tidak banyak cakap, terkena penangan hayunan tali yang cukup memenatkan itu!



Beberapa minggu kemudian ah soo itu sakit wrist kemungkinan tidak betul pegang alatan diatas semasa berlatih dan mula tidak hadir kelas itu sebab doktor/ahli terapi tidak memberi kebenaran angkat berat2 guna tangan.

Maaf, Bro_Lan bukan bersifat perkauman, tetapi ada berberapa anak didik/atlit wanita berketurunan Tiongha juga ada terkena gejala 'wrist cepat terpeleot' ini. Wanita daripada kelompok ini juga jikalau terlalu banyak berlatih kettlebell walaupun dengan teknik/program yang betul,punyai peratusan tinggi untuk sakit lower back.

Tuan-tuan semua, jikalau adik,kakak, isteri, pasangan anda mengadu sakit itu dan ini selepas bersenam, kebarangkalian mereka 'bertaubat' tidak mahu buat lagi senaman tersebut adalah sangat tinggi! Mereka akan masam muka, hilang mood seakan-akan ketika datang bulan jikalau rasa sakit itu mula memyerang. Mereka boleh jadi seolah-olah merajuk susah dipujuk! #Most_Women_Are_Emotionally_Driven

Dalam kelas yoga dan pilates juga sekiranya ada banyak gerak tekan tubi atau handstand, pergelangan tangan mereka juga akan 'meragam'. Macam rapuh sangat tulang wrist dan jari-jemari itu!

Ada tiga punca utama terjadinya keadaan ini :

  • Otot dan sendi dipergelangan tangan adalah di antara yang paling kecil di tubuh badan anda.
  • Sudah lah kecil, langsung tidak diambil peduli oleh mereka untuk memperkuatkan genggaman (forearm and grip work).
  • Juga ketika membuat senaman tertentu, mereka juga tidak tahu untuk mengaktifkan otot-otot yang sepatutnya digunakan agar gerak itu selamat dan berkesan.
Pabila Bro_Lan sudah dapat mengesan punca2 tersebut, maka dia pun 'bermeditasi' untuk cari jalan penyelesaian agar dapat membantu ketika berdepan dengan kelompok wrist rapuh seperti ranting kayu kering ini...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan