Salam pertemuan
Diharapkan anda sudah pun mengikuti dua BHG sebelum ini agar lebih tepat pemahaman mengenai perjalanan saya berdoa di majlis2 Habib agar lulus snatch 24kg dengan cemerlang. Marilah kita sambung kembali...
Fasal Majlis Habib 3
Alunan Mawlid Adh Dhiyaul Lami' susunan Allamah Habib Umar bin Hafiz berkumandangan dalam satu majlis Habib yang saya hadiri pada suatu minggu.
Minggu itu memang sangat sibuk dan saya telah missed banyak sesi latihan untuk persediaan snatch test. Risau betul rasanya hati, takut tak dapat achieve goal dalam masa yang ditetapkan.
Apapun saya kuatkan hati dan bersangka baik agar Allah Taala memberikan kejayaan.
Dalam majlis mawlid kali ini, betul2 saya hadirkan hati agar doa segera makbul... #tawajjuh
Mudah2an dengan menumpang dan mengambil berkat Habib2 & guru2 mulia yang hadir menjadi sebab doa yang dipanjatkan segera makbul...
Habis majlis, saya semak telefon pintar kalau2 ada lagi majlis2 Habib untuk hujung minggu pula dan kebetulan ada dua , selepas Maghrib, majlis Ratib Al Atthas dan Doa Asmaul Husna.
Okey, boleh training sekejap di gym kemudian cepat2 bersiap ke majlis.
Fasal Snatch Test 3
Apa kata saya buat percubaan untuk test ini dalam actual time di gym. Kamera,penimbang berat,kapur angkat berat semuanya siap sedia. Habis warm up, saya terus rakam dan mulai snatch.
Dapat 86 ulangan (seperti sebelum ini di Korea) disebabkan saya keliru berapa minit lagi tinggal.Jikalau saya pulun lagi sikit , mungkin boleh dapat. Belum ada rezeki lagi nampaknya.
Tetapi dapat rasakan banyak bezanya sesudah banyak sesi front squat - long cycle - Concept2 /Jacobs Ladder, kawalan nafas bertambah mantop dan ada harapan besar untuk dapat 100 reps.
Jam di dinding dah menunjukkan pukul 5.55 petang dan Majlis Habib bermula selepas maghrib di Masjid Al-Irsyad, USJ 1 dan saya masih belum mandi lagi di Anytime Fitness, Wisma BU8 itu.
Sesudah mengemas, susun atur semula alatan yang sepatutnya, segera saya get ready untuk ke USJ 1.
Fasal Majlis Habib 4
Minggu awal Tahun Baru Cina 2017 ini penuh majlis2 Habib hampir setiap hari, sibuk jugak saya mengikutinya.Hari pertama #CNY2017 pun ada Majlis Hadrah Ba Saudan di rumah seorang Habib di Bandar Utama.
Anda jangan sangka Habib2 ini hanya adalah typical uztaz2 kampung/pondok yang dilihat kolot, selekeh, tak open minded punya orang. Golongan mereka banyak yang hidupnya diberkati sampai ada yang kaya raya,golongan professional, menjadi CEO syarikat2 besar,ada rumah dan kereta besar tetapi hati baik serta tidak memandang rendah orang lain. Rasa canggung jugak kadang2 pabila saya datang ke majlis2 dirumah2 mereka ini.
Panjang betul Hadrah ini, pendek cerita, dekat pukul 12 tengah malam baru saya sampai rumah.Esok pun ada lagi satu majlis, Haul Habib Ali Al Habshi. Doa,doa dan doa lagi.
Gambar ini baik punya saya soru #nasikmandykambing first round sesuda Majlis Haul. Kenyang betul sepanjang Kong He Fat Choi ini tahun!
Manyak prosperity maa!Hahahaha! #cakapolangcina
Baiklah, cukup dahulu cerita nasik beriyani Yemeni, sambung bab snatch...
Fasal Snatch Test Akhir
Jumaat berikutnya di Backstage Dance And Fitness Studio (studio awesome yang sering jadi saksi jatuh bangun kerjaya setakat ini), saya berjaya menundukkan 24kg itu , sekaligus terus hantar video untuk dinilai oleh pihak Strong First. Melecet jugak tapak tangan kanan dan saya pergi Majlis Taalim Darul Murtadza pada malamnya dengan tangan bertampal plaster.
Fasal Majlis Habib Akhir
Baru sahaja saya duduk dalam ruang solat utama Masjid Muaz Bin Jabal , dapat satu mesej pada telefon pintar ucap tahniah daripada pihak Strong First sebab saya sudah confirm lulus...
Air mata sedikit tergenang semasa membaca Mawlid beramai2 sebab doa dan hajat sejak tahun 2009 untuk lulus snacth test sudah pun makbul...
Buat anda yang punyai cabaran,halangan,dugaan,gangguan dalam hidup, selalulah hadirkan diri ke majlis2 penuh berkah sebegini.
Mudah2an permasalahan anda, Allah Taala kasi settle dek datang ke majlis2 yang ada orang2 soleh dan jiwa anda, insha Allah jadi lebih tenang.
Insan faqir,
Azlan Zain Mohamed SFG2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan