Selasa, 1 Januari 2019

Clean & Snatch : Antara Barbell Dengan Kettlebell (Episod 5)

Salam pertemuan.
Mari kita sambung syarahan dari episod-episod sebelumnya. Teruskan membaca.Harap dapat membantu dan menaikkan semangat anda dalam berlatih.


Variasi Deadlift dan Rack Pull

Syarah Persamaan Teknik/Latihan Barbell & Kettlebell
Platform angkat berat serta adjustable squat rack adalah 'sahabat' anda dalam penguasaan clean/snatch,both barbell and kettlebell.Jikalau gym anda memiliki kedua-duanya ditambah bumper plates yang tahan dihempas, jangan disia-siakan malah perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Tahun 2017 dan 2018, squat rack diatas jadi 'teman' untuk bikin variasi senaman rack pull.



Carryover senaman ini dalam penguasaan teknik-teknik senaman kettlebell begitu banyak, lebih daripada smith machine hip thrust yang sering saya gunakan.Pabila pergi berlatih digym yang ada squat rack seperti ini, jikalau tidak ada orang lain menggunakannya, saya terus parking' disitu terlebih dahulu.


Suatu petang sesudah berlatih rack pull at the knee, saya gatal nak snatch 24kg untuk tiga minit, kurang dua minit daripada Ujian Snatch 100 reps Kursus Strong First itu.



Dapat 60 ulangan walaupun keletihan sesudah angkat barbell dan power setiap hayunan begitu memberangsangkan!Pendek kata, senaman ini berkesan untuk boost teknik-teknik kettlebell.



Atlit angkat berat olimpik berlatih pelbagai variasi deadlift untuk memperbaiki kelemahan dalam acara tersebut. Setiap teknik dihalusi dan dipecahkan kepada beberapa peringkat seperti yang pernah dijelaskan pada Episod 1

Pulling from the block dan deficit deadlift adalah antara variasi deadlift yang digunakan. Mustahak untuk anda ketahui variasi mana yang anda perlukan untuk penambahbaikan teknik dan sekaligus meningkat poundage.

Tiada undang-undang hitam putih dalam variasi sebegini. Ada atlit yang dapat impak maksima dari block pull dan ada pula tarik dari platform setinggi dua inci.Disinilah letaknya kaedah cuba dan jaya atau trial and error kepada jurulatih untuk mendidik atlitnya.

Kunci utama : 

  • Masukkan deadlift atau variasinya yang sesuai/berkesan dalam latihan.
  • Pandu uji teknik dan bebanan yang sesuai dengan variasi itu.
  • Buat penilaian sesudah tempoh 4-12 minggu berlatih dengannya.
  • Jikalau ada penigkatan mutu dalam teknik-teknik asas atau bebanan yang diangkat bertambah, itu bagus.
  • Kurang menjadi? Cari variasi lain dan mulakan semula seperti langkah-langkah diatas.
Bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan