Selamat bertemu kembali...
Lagu cool down itu Bro_Lan pasang sementara menunggu orang datang ke kelasnya pagi itu.Hujung tahun begini memang kelasnya sering tidak ada orang dek cuti Krismas dan Tahun Baru.
Sesudah menunggu hampir 30 minit, dia pun 'tutup kedai' sebab confirmed seorang pun tidak datang.Ada sedikit masa terluang sebelum dia bergerak ke job yang berikutnya, maka dimanfaatkan untuk berlatih kettlebell jerk dengan erg rower.
Dia berusaha untuk pastikan setiap ulangan senaman itu dibuat sebaik mungkin dengan teknik yang betul. Dia mengangap semua sesi latihan adalah mustahak dan setiap sesi merupakan 'meditasi' buatnya.
Walau bagaimanapun, gelagat dan ragam orang lain di gym itu tetap 'menarik perhatian'.Ada satu amoi badan macam model catwalk bersenam dekat kawasan 'functional training' itu.
Amoi model itu hanya jogging di treadmill kemudian bikin abs (tekan tubi, planks), lunges sikit-sikit, donkey kick untuk glutes, selfie/swafoto kemudian buat regangan sikit jugak kemudian blah!
Dalam hati, Bro_Lan rasa geli hati juga, sebab orang seperti amoi ini boleh sahaja jogging di taman kemudian bikin abs/core/glutes di situ, kalau tidak pun buat senaman-senaman itu di ruang tamu rumah sendiri daripada buang duit belanja dekat RM200 sebulan bayar yuran gym.
Rugi kalau alatan dan kelas di gym tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Banyak yang Bro_Lan lihat join gym sekadar memenuhi gaya hidup alaf baru dan bersosial tanpa betul-betul mahu bersenam.
Terpulanglah sebab duit masing-masing,bagaimana mereka membelanjakannya bukan urusan Bro_Lan.Matlamat utamanya adalah memberi tunjuk ajar sehabis baik pada anak didik dan berusaha upgrade tahap kecergasannya di gym itu. #JanganBikinSibukHalOrang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan