Sabtu, 19 Ogos 2017

Clean & Snatch : Antara Kettlebell Dengan Barbell (Episod 1)


MACAM MANA YER, BILA SNATCH BELL ASYIK HEMPOK TANGAN?! 
BERAT BETUL NAK CLEAN BELL NI BRO! 
ASAL CLEAN/SNATCH SAKIT BAHU/PINGGANG! 
TAPAK TANGAN MELECETLAH BILA SNATCH!

Senarai SOALAN WAJIB untuk anda yang belajar angkat kettlebell.Jawapan untuk soalan-soalan ini tidaklah dapat dijawab secara ringkas dan perlu disertakan dengan banyak penerangan.Perkara pokok untuk jawapan tersebut adalah memahami KESINAMBUNGAN gerakkan kettlebell clean dan snatch itu.  
 
HIP HINGE, SCOOPING & POWER POSITION

 

Satu lagi soalan yang kerap orang tanya : 
APA BEZA OLYMPIC LIFTING DENGAN KETTLEBELL LIFTING? 
Jawapan pertama saya : SAMA TAPI TAK SERUPA.  

Teknik Angkat Berat Olimpik berpaksikan 4 FASA UTAMA


FIRST PULL/DEADLIFT, 



POWER POSITION,
 

SECOND PULL / HIGH PULL,
 

dan OVERHEAD SQUAT/SPLIT SQUAT POSITION.
 
.
Teknik-teknik ini memerlukan badan anda (torso) dalam keadaan menegak  (upright) dan hanya dengan pakai kasut khas angkat berat sahaja, posisi tegak badan ini dapat dicapai.


Latihan atlit-atlit sukan ini berpaksikan empat fasa diatas.Jurulatih akan mengenalpasti fasa yang mana satu yang menjadi masalah/cabaran utama kepada atlit.Pabila sudah dikenalpasti, jurulatih akan menyusun program yang sesuai dan serasi dengan keadaan atlit berkenaan.Para atlit akan buat senaman-senaman khusus atau accessory lifts untuk memperbaiki teknik dan pada masa yang sama juga membina kekuatan untuk acara tersebut.

Apa yang kita boleh belajar daripada acara ini ialah : TUMPU LEBIH PADA KELEMAHAN TEKNIK DAHULU, BARULAH BUAT VOLUME WORK. 
Teknik kettlebell pula terbahagi kepada dua aliran : HARDSTYLE & GIREVOY SPORT (GS). Hardstyle menitikberatkan Hip Hinge manakala GS pula Scooping. Mustahaknya Hip Hinge/Scooping ini pada pengamal kettlebell adalah IMHO sama pentingnya Power Position pada atlit angkat berat. Fungsi Power Position adalah sebagai tapak bagi fasa tarikan kedua (SECOND PULL) yang berperanan untuk melambungkan barbell melepasi dan melangkaui aras kepala sebelum fasa OVERHEAD SQUAT. Hip Hinge/Scooping punyai fungsi yang sama untuk melambungkan kettlebell untuk berada di aras yang sesuai untuk clean dan snatch.  

BRO, KITE ORANG BLURRED , TAK DAPAT TANGKAPLAH PENERANGAN CATATAN KALI NI!?.... 
Tidak mengapa anda semua, sila tonton video penerangan oleh KB Fit Britt ini dahulu sampai habis. 



Masalah utama orang baru pabila berlatih kettlebell yang sering terjadi ialah terlebih tarik besi itu dengan tangan tanpa menggunakan kaki yang lebih kuat. Perhatikan si Brittany dalam video tadi, bell dihayun sampai melambung antara paras pusat hingga paras dada, kemudian barulah insert(clean) atau lockout(snatch) bell tersebut. Anda hayun cukup syarat dan betul The Shelf Analogy nya juga kena timing nya,barulah :
  • PABILA SNATCH , BESI TAK MENGHEMPOK FOREARM DENGAN KUAT,
  • BELL TIDAK TERASA BEGITU BERAT PABILA ANDA CLEAN,
  • BAHU DAN PINGGANG ANDA TIDAK MERAGAM-RAGAM PABILA BIKIN KEDUA TEKNIK TERSEBUT
Bab elak melecet tapak tangan itu, insha Allah kita sambung dalam catatan-catan akan datang. Intipati siri CLEAN & SNATCH : ANTARA KETTLEBELL DENGAN BARBELL ini adalah  memberi penerangan sejelas yang boleh mengenai dua jenis angkat berat ini berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu yang saya ada sepanjang 12 tahun berkecimpung dalam bidang kecergasan. Mungkin ada diantara pembaca adalah otai angkat berat Olimpik mahupun sukan kettlebell/ hardstyle yang ada penambahbaikkan untuk siri ini, saya berbesar hati atas sokongan/teguran anda.

BERSAMBUNG...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan