Bro_Lan sama2 meregang otot dengan semua yang ikuti kelasnya pagi itu sambil layan lagu cool down di atas...
Beberapa orang 'regulars' kelas latihan circuit itu menghampiri Bro_Lan. Adakalanya ingin berbual atau tanya pasal fitness/diet dan dia berusaha melayan sebaik mungkin walaupun secara semula jadi dia adalah seorang introvert.
Amoi Nampak Baik : Kelas you I boleh follow. Ada kelas petang I joined last week, I boleh mati lorr!
Tersenyum Bro_Lan mendengarnya. Beberapa regulars yang lain setuju dengan kenyataan amoi tadi.
Bro_Lan : Maybe that's the style of that instructor. He/she maybe did circuit class yang buat macam-macam exercise then rotate until everybody finished.
Amoi Nampak Baik : Yes, macam itu. Tapi ramai orang lah evening.
Bro_Lan : Morning crowd kurang sikit, jadi kalau I buat banyak exercise,I susah monitor you guys especially for exercise form/techniques. Bila tak ramai, kita ada banyak space dan boleh guna semua tools.
Bro_Lan : In our class, we do our best to fully utilized these tools with basic yet important movement patterns like :
- squat
- lunges
- single leg stance
- push
- pull
- rotation
Untuk gerak asymmetry seperti imbangan satu kaki atau lunges, Bro_Lan akan minta mereka perhatikan sebelah mana yang kekok,goyang, lembik seterusnya bikin lebih sedikit pada bahagian itu sebagai injury prevention.
Inspirasi sistem seperti FMS ini menjadi nadi utama Bro_Lan untuk mengajar. |
Perbualan itu pun tamat dan Bro_Lan buat workout sendiri pula. Hip Thrust guna Smith Machine dan variasi Rack Pull selalu menjadi jadi pilihan sebelum angkat kettlebell. Itu pun bergantung pada gym berkenaan kalau ada squat rack yang sesuai atau padding untuk hip thrust dia sudah sedia bawa dari rumah.
Dua senaman tersebut punyai carryover yang banyak pada prestasi Bro_Lan samada ketika bersiap sedia untuk kursus Strong First mahu pun sukan kettlebell.
Pendek kata dia berusaha memanfaatkan waktu dan alat senaman di mana sahaja dia mengajar dengan pilihan senaman yang selamat serta berkesan untuk dirinya juga buat anak didik...
Ada ahli gym yang merasakan kelas Bro_Lan itu bosan, tak cukup agresif tetapi ada juga yang sebaliknya.Mana ahli yang 'jodoh' nya kuat dengan Bro_Lan, mereka datang ke kelasnya saban minggu tanpa jemu.
Sesudah 13 tahun jadi orang fitness, dia belajar dan semakin matang matang dengan aneka ragam karenah orang yang datang ke gym.
Dirinya ibarat seorang tukang masak dan gym itu adalah restoran/dapurnya. Mungkin resepinya ( program yang diajar dalam kelas berkenaan) terlalu manis/masin/tak sedap bagi satu kelompok, namun sedap menyelerakan pada setengah yang lainnya.
Buat dirinya, dia berusaha untuk 'masak' , 'hidang' dan berkhidmat sebaik mungkin setiap kali bertugas serta bersyukur kerna dapat kerjaya idaman sebagai jurulatih kecergasan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan