Cuba teka siapa model dalam gambar ini! :D |
Lebih setahun yang lalu, telah saya tulis pengalaman awal berbekam secara rutin sekali sebulan.Buat anda yang telah membacanya dan timbul minat untuk berbekam, terima kasih saya ucapkan.
Kali ini saya akan sambung beberapa faedah lagi amalan berbekam daripada pengalaman sendiri sesudah 19 bulan. Sekurang-kurangnya sekali sebulan, insha Allah pasti saya berkunjung ke pusat bekam.
APA RASANYA BILA BEKAM BRO? SAKIT TAK? EEEE I TAKUT DARAH LAA!
Hahaha,anda tak perlu takut dan dramatik sangat kot bab berbekam ini.Prosedur ini cuma rasa pedih sedikit pabila jurubekam menghiris atau bikin insertion pada titik-titik bekam tertentu dan selepas itu anda akan rasa kenikmatannya.
Jikalau badan anda betul-betul dalam keadaan rehat dan tenang, maka kurang sedikit rasa pedih tusukan jarum atau hirisan pisau itu.Lainlah sekiranya anda terus berbekam selepas aktiviti berat, rasa pedih itu akan terasa sangat.Seboleh-bolehnya jangan terlalu lasak bergerak, bersenam sehari sebelum atau pada hari bekam berkenaan untuk kurangkan rasa pedih itu.
Seelok-eloknya pilih hari2 sunnah untuk berbekam iaitu setiap 17,19 dan 21 haribulan Hijriyah dan elakkan sama sekali berbekam pada hari Rabu melainkan jikalau sudah sakit sangat. (Ikut Sunnah Rasullah SAW).
APA YANG MENDORONG BRO BERBEKAM NI?
Hujung 2016 sehingga sepertiga awal 2017, rutin latihan #hardstylekettlebell memenuhi ruang waktu ; sijil #StrongFirst dan Tactical Strength Challenge. Badan saya ketika burn out dan perlu diservis 'overhaul'.
Saya pernah berbekam beberapa tahun sebelumnya akan tetapi pabila mutu pusat bekam yang biasa mengalami kemerosotan dek pemiliknya dok giler MLM berbanding servis bekam, menjadikan saya mencari alternatif.
Jodoh saya dengan Spa Bekam Ar Rayyan pun bermula.Cawangan mereka di Shah Alam menjadi pembuka dan beberapa bulan kemudian di Damansara pula.Cawangan di Shah alam itu diberitakan selalu fully booked sampaikan mereka terpaksa buka lagi dua cawangan di Setia Alam dan USJ untuk menampung permintaan yang banyak berkenaan.
Kakitangan cawangan Damansara pun sudah mengenali saya dan paling menarik jurubekam mereka adalah ahli terapi jasmani (physiotherapist).Sering terjadi sesudah/sebelum bekam darah,saya minta mereka bikin bekam luncur atau sedikit urutan sukan pada otot tertentu agar sebarang trigger point dapat 'dipecahkan'.
BIASA LA TU BRO,KALAU SELALU PERGI CAWANGAN ITU MEMANG LA DIORANG AKAN KENAL!BILA NAK CERITA PASAL BENEFITS BEKAM NI!?
1.Pertandingan Kettlebell yang best setakat ini.
Sehari sebelum acara ini saya bikin bekam api dan urut.Esoknya sampai ditempat acara, saya hanya perlu warm up sedikit dan terus beraksi.Performance yang bagus, tanpa kecederaan, cuma melecet tapak tangan sahaja sebab snatch.
2.Kursus Kettlebell yang produktif di Korea.
Tiga hari sebelum bertolak ke Korea, saya penuhi rutin #bekamsunnahtarikhsunnah dan pabila sampai, cuaca disana sudah mulai sejuk.Akan tetapi prestasi saya disana bertambah baik berbanding trip sebelumnya.
Bekam + Program Latihan Yang Sesuai & Tepat + Bantuan KakakYang Selalu Ke Korea + Doa Di Majlis Habib + Doa Ibu & Nenek = Rahsia Kejayaan.
3.Rutin berbekam sebulan sekali membantu saya kurang/kekal berat badan walaupun makan banyak (training pun banyak!)
Kakitangan spa bekam yang perasan:
" Abang dulu masa mula2 datang gemuk sikit, sekarang dah lean sikit."
Disclaimer : Saya tidak menyarankan pada anda hanya bekam untuk lose weight, perlu gabungan jaga senaman + jaga mood/stress + jaga tidur + jaga makan. Cuma pada pengalaman saya yang hampir dua tahun berbekam ini, ia sebagai added value dan mungkin juga sebagai pemangkin.
4.Kadar kecederaan semasa bersenam juga menurun.
Rutin berbekam dan ditambah pengalaman dan pengetahuan dalam program senaman membantu kurangkan injury.Pabila otot atau sendi tertentu macam meragam sedikit, terus saya beritahu jurubekam dan mereka pun bekam di kawasan itu ,jikalau perlu disertakan dengan sekali dengan urutan.Biasanya sesudah berbekam, esoknya otot/sendi tadi rasa smooth untuk bergerak.
WAH, CAM BEST JER BENEFITS BEKAM NI BRO!!
Apa tunggu lagi, jom booking slot untuk bekam!Cari pusat bekam yang bersih dan klinikal kemudian enjoy! #selamatberbekam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan