Sabtu, 8 Disember 2018

Brader Rambut 70's Kacau Workout @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...


'Meditasi'. 'Hening cipta'. Begitulah pendekatan Bro_Lan pabila berlatih angkat besi, tak kiralah barbell mahu pun kettlebell.Dia berusaha untuk memanfaatkan setiap ulangan, setiap set dengan  segala macam muscle activation / persediaan mental sebelum mula pegang besi-besi itu.

Sesudah habis mengajar kelas abs sculpting di gym malam itu, dua bijik 28kg pun dicapai olehnya. Program double kettlebell overhead press dan front squat dia kena habiskan sebelum pulang.



Penuh tumpuan dia menjulang dua bijik besi itu dan memastikan tekniknya in check.Berat badannya kini antara 66-68kg dan besi-besi itu kurang 8-10kg lagi daripada bodyweight itu.Mengah juga dia mengangkat. Dia perlu tenang untuk merehatkan badan dan minda untuk beberapa set lagi.



Sedang dia 'bermeditasi' itu, datang seorang brader ingin berbual dengannya Fesyen rambutnya bgai penyanyi tahun 70an kelihatan seakan-akan Latif Ibrahim tetapi muka brader ini mirip sangat Rhoma Irama.
(Bebudak sekarang tak kenal dua penyanyi lama ni!)



Brader Rhoma Irama:Tak pakai weight belt ke? Boleh injured pinggang nanti!


Agak bengang jugak Bro_Lan pabila brader ini menganggu latihannya malam itu.

Bro_Lan : Dah biasa, dekat 11 tahun dah main kettlebell ini. (Nada bengang)

Brader Rhoma Irama : Ada kawan pun katanya dah biasa main ini tapi injured jugak!Katanya salah kasut.

Bertambah bengang Bro_Lan dengan kenyataan susulan brader itu. Akan tetapi teringat akan dia nasihat Al Habib  dalam suatu majlis agar bersifat tawadhuk, rendah diri, jangan ego...



Dia berusaha terus-menerus untuk menundukkan rasa tinggi diri ketika meyambung perbualan dengan brader itu. Rupanya brader itu memang suka berbual dan berkenalan dengan orang-orang di gym itu.

Sedarlah akan Bro_Lan yang dirinya perlu lebih banyak bersabar dan memperbanyakkan hadir pengajian di majlis-majlis Al Habib pada minggu itu.Akhirnya dapat juga dihabiskan latihan kettlebell pada malam itu bersama pengajaran mendidik hati...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan