Falsafah mendiang Bruce Lee sering dikongsi di media sosial dengan bertujuan memberi pengajaran dan menaikkan semangat terutama dalam berlatih beladiri/kecergasan.Anda pun mungkin punyai tanggapan catatan ini ada unsur untuk boost motivasi daripada kata-kata mendiang. Akan tetapi, kata-kata mendiang diatas ada kena-mengena dengan pengalaman/perjalanan saya dalam pemulihan dengan bekam. Rata-rata muslimin-muslimat tahu kelebihan ikut sunnah berbekam tetapi tidak ramai yang mampu konsisten/istiqamah. Faktor kewangan, takut darah, tidak yakin/tiada pendedahan, tiada jurubekam/pusat bekam yang berdekatan menjadi cabaran utama.
Untuk merangsang minat anda berbekam, saya akan berkongsi sudut pandang peribadi dengan mencerita faedah/manfaat yang saya telah perolehi daripada cara pemulihan ini. Bab kupasan hadis-hadis Rasullah SAW mengenai fadhail bekam ini, anda boleh cari sendiri di internet malah banyak juga blog terutama dari negara jiran Indonesia yang post tentang hal ini. Harap dapat memberi sesuatu input berguna pada anda.
Olimpik London 2012 menyaksikan ramai atlit-atlit yang bertanding menampal bahu, pinggang, siku, lutut dengan pita pelekat elak/tahan kecederaaan aneka ragam warna. Situasi yang sama boleh dilihat pada acara-acara Crossfit.Fenomena pita pelekat warna-warni ini menjadi 'panas' seketika sampai banyak jugak dijual di kedai-kedai barangan sukan dan kursus macam mana mahu menggunakannya ramai sambutan samada dalam dan luar negara. Olimpik Rio 2016 pula ada beberapa atlit terkemuka ada lebam berbentuk bulat bekas berbekam ditubuh mereka.Banyak gambar-gambar mereka dengan lebam bulat itu ditonjolkan oleh media dan sedikit sebanyak boost sale pusat-pusat bekam tempatan tetapi tidak sekencang pita warna warni itu.Barangkali sebab badan tampal pita pelekat itu nampak ceria dan lebam bekas bekam itu nampak macam kena dera saja.#Pandangan MataItuSeringMenipu
Olimpik 2020? Saya menjangkakan kali ini akan ada atlit badan lebam kemerahan sebab bikin guasha atau teknik graston ini,
an mungkin meletop jugak seperti pita pelekat warna-warni pasca Olimpik 2012. Pita pelekat itu telah saya pandu uji, bekam pun begitu dan guasha pernah beberapa kali tetapi teknik graston belum lagi.
Mana satu yang bagus bro antara pita pelekat, bekam dan guasha/graston?
Saya lebih cenderung kepada bekam kerana ada pahala dan keberkatan disitu kerana mengikut sunnah Nabi SAW,
tetapi tidak pula saya memandang rendah pada pita pelekat dengan guasha/graston. Malah gunakan semua sekali. Berikut adalah injury prenvention yang saya syorkan dengan teknik-teknik ini sekiranya anda sering cedera pada bahagian tertentu semasa bersenam/bersukan.
- Urut tempat yang cedera itu dengan sport massage/guasha/graston/bekam luncur. Fungsi urutan ini adalah melegakan otot-otot yang tegang dan memperbaiki aliran darah ditempat itu untuk meningkatkan kadar kesembuhan.
- Kemudian buat bekam darah ditempat itu untuk membuang toksin disamping ambik berkat ikut sunnah Nabi SAW.
- Kuatkan otot-otot yang perlu di sekitar tempat itu.
- Tampal pita pelekat warna warni itu pada tempat itu sekiranya anda ingin bikin senaman yang tinggi faktor kecederaannya.Berhati-hati jugak dengan corak gerak tertentu yang mungkin boleh trigger kecederaan anda itu.
- Jarang saya dapat DOMS sesudah melazimi berbekam ini.Cuma kalau terlebih push sahaja baru rasa lenguh-lenguh , itupun cepat recover selepas sehari dua.
- Kecederaan lama di bahagian tertentu menjadi kurang 'menyengat'.
- Quality sleep bertambah.
- Badan kurang berbau tengik walaupun mandi peluh sesudah workout.
- Emosi semakin terkawal dan tidak cepat naik angin.
- Badan menjadi ringan terutama pabila ingin beramal ibadat dan kurang rasa malas.
- Mudah faham kupasan, syarah ketika mengaji kitab dan lebih cepat menangkap mesej dalam artikel strength coaches. Pendek kata otak menjadi lebih cerdas.
- Perjalanan rezeki menjadi lebih lancar!
- Kulit menjadi lebih cantik dan kurang mendapat lebam walaupun terhantuk pada kerusi, meja.
Siri akan datang : Minimalist Training Tak Bagus?! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan