Lagu diatas daripada #memori1998 menjadi pilihan Bro_Lan untuk kelas TRX Rip Trainer pagi itu.Hanya seorang yang hadir dan kakak tersebut tidak boleh push sangat sebab katanya dia ada frozen shoulder...
Ingatkan ramai yang ingin join kelas seawal jam 7 pagi itu, tetapi nampaknya tidak.Kakak yang sakit 'bahu beku' itu nampak macam familiar betul...
#Memori2010
Terpulanglah kalau mahu percaya atau tidak, kakak itu juga pernah datang berlatih dibawah Bro_Lan sewaktu dia bertugas di sebuah pusat senaman mesin Power Plate. Masalah yang serupa juga, bahu tidak kuat...
Selepas kelas terus dia bertanya kakak itu dan barulah si kakak teringat...
Kakak Sakit Shoulder : You can remember?! (nada terkejut)
Bro_Lan : Yes...(senyum sinis)
#Memori1998
Bro_Lan sedang sibuk menghabiskan fist push up tatkala lagu ini dimainkan di corong radio seorang kawan dalam bilik asrama itu.Undang-undang sekolah ugama itu ketat, kalau kantoi radio kawan tadi boleh dirampas oleh warden!
Bola Tricolor France 1998 milik seorang lagi kawan sebilik itu pun sudah dirampas dek dibawak bermain dalam bilik.Personally Bro_Lan tidak suka bersekolah situ walaupun aliran ugama.
Akan tetapi sekolah itu antara sumber inspirasi untuk beramal ibadah seperti kisah2 wali Allah yang dia baca di perpustakaan dan bersenam. Kawan-kawan yang kaki mengaji, rajin solat sunat menjadi antara yang rapat dan kawan atlet sekolah yang sering bikin pull up di birai pintu dorm merangsang minat Bro_Lan untuk berbadan tegap (istilah sado belum wujud lagi 20 tahun yang lalu...)
Fokusnya waktu itu :
- Dapat semua A dalam semua subjek.
- Puasa tiga bulan iaitu Rejab,Shaaban dan Ramadan.
- Kuasai lagu Rast, Jiharkah,Nahwand dalam kelas kemahiran Quran.
- Build up strength & stamina untuk tryouts acara2 sukan tahun depan.
- Melobi diri sendiri untuk dilantik sebagai ketua pengawas dan/atau ketua badan dakwah.( kes gila pangkat ni!)
Banyak hasrat diatas tidak kesampaian sebab dasarnya : Cinta Dunia , bukan mahu cari Cinta Allah dan Rasul...Pendek kata Bro_Lan 'dihukum teruk' ketika itu kerana terlalu mengejar nama dan kemegahan...
Kembali Ke Tahun 2018...
Nasihat Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari dalam video diatas kena tepat pada jiwa Bro_Lan pabila terkenang #Memori1998 itu.Dia insaf dan perlu sentiasa ambil pengajaran dari pengalaman itu.Apapun dia habiskan sedikit latihan kettlebell sebelum pulang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan