Isnin, 18 Julai 2022

Bro, Camner Nak Kasi Bukak Dada Masa Swing (Siri7)

 Salam pertemuan.


Tonton #YouTubeShorts di atas sampai habis. Jikalau ingin melanggan saluran Dr.Bre ini pun bagus, banyak kandungan pasal kesihatan otot pelvic floor baik untuk wanita mahupun lelaki.

Untuk pengetahuan anda, kawalan nafas juga mustahak untuk anda berupaya bukak dada ketika menghayun kettlebell.Mari kita tonton satu lagi video untuk lebih faham cara2 hendak bernafas...



Dalam kedua video di atas terdapat satu persamaan : Inhale Towards The Mid Back. Mengapa perlu tarik dan bawak nafas ke bahagian belikat? Untuk kupasan lanjut, teruskan membaca.

Pabila anda tarik nafas, udara/angin tersebut akan turun dan menekan secara semulajadi otot pelvic floor anda ke bawah. Jika anda ada masalah berikut :
  • Kerap terkencing (maaf cakap) bila melompat, berlari, batuk atau bersin,
  • Terkinjit (sekali lagi maaf cakap) bila angkat bebanan yang terlalu berat,
  • Ibu2 selepas bersalin (tidak kira lah anak anda itu umur berapa sekarang),
  • Kerap rasa sakit ( lagi sekali maaf cakap) ketika hubungan kelamin,
  • Doktor sudah sahkan ada ada masalah peranakkan jatuh.
maka anda perlu berwaspada ketika tarik nafas. Untuk pengetahuan anda, gaya bernafas yang anda lihat atau gunakan dalam senaman latihan hardstyle kettlebell perlu diubahsuai sedikit jika anda ada tanda2 diatas.

Dengan menumpukan arah udara/angin yang anda sedut itu ke sekeliling bahagian belikat, ia akan mengurangkan tekanan pada otot pelvic floor itu. Kemudian anda hembus nafas daripada bawah , exhale from the bottom.

Fasa tarik nafas ini berlaku ketika downswing dan hembus nafas pula pada upswing. Jikalau anda perasan, dada anda akan mengembang (terbukak) sewaktu anda 'breath into your mid back' sekaligus betulkan postur membongkok yang sering terjadi kepada orang baru.

Fasa hembus nafas, kita akan sambung dalam catatan akan datang...
Insha Allah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan