Jumaat, 11 Februari 2022

Hati Tenang Di #MajlisHabib #Doa_Mintak_Jauhkan_Wabak @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...


Dari hujung Ramadan sampai Mawlidul Rasul tahun lalu, itulah tempoh Bro_Lan tidak dapat hadir ke pusat komuniti Habib2 ini. Dia sangat bersyukur dapat kembali ke tempat penuh barakah dan ketenangan ini.



Malam tersebut ada bacaan Qasidah Burdah karangan Imam Muhammad Al Bushiri (rah) dengan lenggok Hadralmaut. Sambil mendengar alunan suara munsyid dan paluan kompang kumpulan hadrah, rangkap demi rangkap syair agung itu Bro_Lan hayati...

Suasananya tidaklah meriah macam sebelum zaman wabak dan semua yang datang terikat dengan SOP, akan tetapi cukuplah buat Bro_Lan mengubati rindu hadir di majlis2 Habib...

Banyak manfaat yang dia perolehi pabila pergi ke majlis2 berkenaan : mudah urusan kerja dan rezeki, selamat daripada bala dan wabak, serta bertambah kuat semangat/keyakinan...

Gelombang baru wabak telah mulai melanda dan ada diantara kenalan yang sudah terkena penyakit. Rasa risau mula menjentik hatinya, maka dia menangis dalam hati ketakutan sambil memohon perlindungan daripada Yang Maha Esa dalam bait2 doa pada qasidah hebat itu...

Didikan para Habaib untuk patuh SOP, ambil vaksin dan terus berdoa serta bertawakkal menjadi panduan buat Bro_Lan. Didikan yang sama juga membentuk dirinya jadi tidak 'busy body' dengan urusan yang tidak penting atau berdebat/bertekak di laman2 sosial.

Selesai majlis, ditempat letak motorsikal, telefon pintar Bro_Lan berbunyi tanda adanya mesej masuk. Skrin telefon dibuka dan beberapa mesej pertanyaan untuk latihan secara dalam talian ada disitu. 

Alhamdulilah. Moga2 urusan mengajar dan berlatih dipermudahkan serta terpelihara daripada ujian dan wabak...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan