Selamat bertemu kembali...
Watak Paling Bro_Lan Respect Dalam Saga Perperangan Bintang! |
Suatu Petang Sebelum Makan Busat CNY Di Tahun 2008
Semakin hangat sesi bertikam lidah antara dua orang yang sedang dilamun cinta di restoran mamak yang sekarang ini sudah jadi kedai nasik kukus.
Sudahnya Tai Kar Cher masih tak puas hati dan mintak putus...
Cuti Tahun Baru Cina Tikus Air itu menjadi antara cuti yang paling tak best dalam sejarah hidup Bro_Lan...
Dia hanya mampu 'mengubat diri' dengan kitab Khulasoh Al Madad
Kitab Hebat Penuh Barokah #AllamahHabibUmar |
dan berlatih dengan besi2 nya untuk menguatkan badan/semangat.
Besi Ajaib Penguat Badan |
Kitab dan besi2 itu sahaja lah yang dia ada untuk pulih kembali daripada ujian/fitnah cinta itu. Gym tempat dia berlatih dengan Tai Kar Cher itu pun hampir bertahun selepas itu tidak dijejaki sampailah dapat dia berlapang dada...#MakePeaceWithPast
Bro_Lan ambi keputusan semenjak itu untuk 'stay under the radar' dan tumpu pada perkara2 mustahak dalam hidup sahaja. Akan tetapi pabila menjelang cuti Tahun Baru Cina, kenangan pahit itu sering kembali difikirannya...
Dia juga bikin kelas2 tertentu seperti RPM, Body Pump, kelas latihan circuit serta terus buat senaman hamstring dan glutes.
Dia akan cuba hadir ke mana2 majlis Habaib pada hari itu untuk pohon ampun segala dosa, diperkuatkan semangat,dilindungi daripada bala dan wabak...
When I Grow Up,I Wannabe Like This Amazing Man! |
Suatu Petang Menjelang Tahun Baru Cina 2022
Ada cabaran menguji tahap kecergasan di gym tempat kisah sedih 14 tahun dahulu dan hadiahnya nampak best pulak! Tahun sudah pun ada tetapi Bro_Lan tidak dapat ikut sebab kekangan tertentu...
Ramai yang sudah daftar untuk cabaran itu dan Bro_Lan rasa pasti yang ikut serta itu cergas dan kuat belaka! Dia perlu bersiap sedia dan kembali semula mengangkat kettlebell walaupun masih dalam program dips /chin ups.
Dia juga bikin kelas2 tertentu seperti RPM, Body Pump, kelas latihan circuit serta terus buat senaman hamstring dan glutes.
Bro_Lan dan peserta lain sudah mula berkumpul di gym. Mereka dipecahkan kepada tiga pasukan. Tuah Bro_Lan dapat masuk Team No. 2 (macam tau2 pulak dia pernah ber couple di gym itu dan putus sebelum Tahun Baru Cina!) Tidak lama kemudian cabaran pun bermula.
Senaman demi senaman telah mereka semua lalui dan tibalah masa untuk acara utama dalam cabaran itu. Ruang kaki lima gym yang luas di luar pusat beli belah itu jadi lokasinya.
Acara berikut rupanya adalah ujian kecergasan yang Bro_Lan lalui semasa berkerja disitu. Dalam hatinya, lumba lari inilah dia pernah kalah dan disindir dahulu...
Hendak tarik diri, rasa malu dan bersalah pulak. Mahu tak mahu , dia ikut berlari jugak bersama2 ahli pasukannya. Pengalaman dan penambahbaikan dalam bidang kecergasan banyak membantu Bro_Lan dalam cabaran itu daripada segi :
- Kawalan nafas , tempo dan rentak daripada kelas RPM dan enam kejohanan sukan kettlebell yang pernah dia sertai serta jadi jurulatihnya.
- Kasut dan pakaian yang sesuai untuk acara berbentuk latihan circuit ini.
- Teknik larian yang cover lebih banyak jarak tanpa memenatkan badan.
- 'Dendam kesumat' terhadap amoi2 yang dirasakan kurang menghargai dirinya menjadi pembakar semangat!
- Tidak lupa juga gerak/program senaman membina otot/menambah kekuatan yang tepat, selamat serta berkesan.
Rasa macam adegan Darth Maul dengan adiguru Darth Sidious pulak pabila dia berjaya dalam acara berkenaan. Peserta lelaki tak ramai ucap tahniah kepada Bro_Lan , akan tetapi yang wanita banyak jugak.
Seorang amoi kecik dan cute (tak habis2 dengan amoi lah!) rambut lurus macam Avril Lavigne cuba memberi saingan pada Bro_Lan tapi kurang berhasil.
Dia ucap syabas kepada Bro_Lan.
Amoi Rambut Macam Avril : Man , you are fast!
Bro_Lan (tiba2 betis cramp dan mula berdenyut2 tetapi control macho) : Thank you.
Setakat itu aje lah perbualan mereka sebab sesi bergambar dan penyampaian hadiah telah bermula. Patutnya cepat2 Bro_Lan follow amoi itu di IG/FB , tetapi betisnya sudah mulai meragam sebab overworked memecut tadi. Dia hanya fikir nak cepat balik dan sapu Balm Lega Al-Khered!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan