Salam pertemuan...
Pagi Jumaat itu kelam-kabut juga Bro_Lan ambil alih ganti mengajar dua kelas group exercise di gym pusat beli belah Atria itu.Memang #bidanterjun ,kata omputeh : ad hoc.Barangkali tenaga pengajar itu ada kecemasan dan Bro_Lan juga jarang menolak peluang untuk dapat duit lebih...
Selesai sudah dia mengajar dan lagu diatas jadi musik cool down.Lagu yang dia curi-curi tonton di tv asrama semasa di madrasah 20 tahun dahulu, #Memori1998 ,masih lagi mencuit hatinya yang penuh sentimental itu...
Sesudah dia mengemas apa yang patut di studio utama gym itu, dia melangkah keluar menuju bahagian free weight pula. Masih banyak lagi program latihan yang perlu dia perabis sebelum bergegas ke Masjid Jamek Kuala Lumpur sebab lepas Jumaat nanti Habib Najmuddin dan kumpulan qasidah Nur Ahli Badar ada buat bacaan Mawlid Dhiya' ul Lami' .
Minggu itu pula dia banyak missed majlis-majlis Habib dek banyaknya kelas perlu diambil alih sebab tenaga pengajar cuti Tahun Baru Cina, oleh sebab itu majlis lepas solat Jumaat ini dia tidak mahu ketinggalan...
Sedang dia berlatih, datanglah sepasang merpati dua sejoli (boyfren dengan gelfren lah!) ke area free weight itu untuk angkat besi juga.Si boyfren badannya belum lagi sado dan si gelfren nya nampak macam kurang sikit keyakinan dirinya.Memang perkara biasa kalau orang baru/jarang masuk gym rasa janggal, takut-takut tetapi lama kelamaan akan serasilah nanti.
Si boyfren sibuk dengan ikut workout plan ahli bina badan tertentu yang baru dibacanya dari majalah kecergasan tertentu dan dia berlagak macam trainer menyuruh gelfren buat benda yang sama.Dia tak kira jikalau postur si gelfren bongkok sabut bikin bent over row, knee valgus ketika back squat dan badan beroleng-oleng macam naik kolek buat biceps curl,yang penting workout itu mesti dia habiskan.
Kesian pula Bro_Lan tengok si gelfren.Pasti si gelfren hanya ingin : badan ramping macam Zoe Saldana,kempiskan perut, otot punggung yang ehem-ehem, tak mau triceps macam chicken wings dan yang seumpamanya.
Tak boleh ke si boyfren bikin workout body builder itu pada hari lain dan buat research sikit workout ape yang seswai buat buah hatinya itu kemudian training sama-sama dan berpacaran pada waktu yang sama?Mungkin kot si boyfren masih muda remaja dan belum paham selok-belok cinta...
" Bro,tak gi sembahyang Jumaat ke?"tanya seorang kakitangan gym itu.Barulah Bro_Lan sedar dia asyik mengelamun bikin sibuk hal si boyfren dan gelfren sampai lalai! Itulah, busy body lagi!
Cepat-cepat dia habiskan latihan dan bergegas pergi Masjid Jamek...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan