Selamat bertemu kembali...
Bulan Ramadan yang mulia semakin menjelang dan Bro_Lan berusaha untuk habiskan program kettlebell complexes dalam video diatas bersama satu lagi kettlebell chains dalam video dibawah.
Kettlebell complex = dua atau lebih gerak senaman sekali jalan terus-menerus dengan habiskan ulangan tertentu sebelum pindah gerak. Misalnya, 6 row - 6 clean - 6 squat - 6 press.
Kettlebell chain pulak, dua atau lebih gerak senaman tetapi bikin satu ulangan setiap gerak, kemudian diulang sehingga dapat capai jumlah tertentu.Sila rujuk video berikut : (1 clean -1 press - 1 alternate lunges) x 5.
Selalunya ramai yang terkhilaf (ini kalimat 'orang kelas atasan' kalau di media sosial untuk kata 'keliru') antara complex dan chain. Kedua cara gaya ini juga boleh dibuat dengan barbell dan dumbell ;
mahu pun bulgarian /sand bags dan medicine ball :
Biasanya untuk orang baru, gerak senaman yang paling payah dibuat seperti snatch atau press akan jadi pembuka untuk complex dan chain. Bagi mereka yang sudah cekap/mahir/kuat dan ada matlamat tertentu, senaman yang susah itu akan diletak pada pertengahan atau sebagai penamat.
Dua program diatas disusun oleh salah seorang guru kettlebell Bro_Lan, bekas Master SFG, Geoff Neupert. Guru inilah juga yang memperkenalkan complex dan chain kepadanya dalam satu kursus kejurulatihan 12 tahun dahulu... #RKC_Copenhagen2010
Pada dasarnya, chain dan complex nampak sama tetapi ada perbezaan tertentu. Complex contohnya mencabar ketahanan otot untuk melawan rasa lenguh/pumped dan chain pula menduga daya tumpuan/'brain power' untuk habiskan senaman ikut turutan.
Kedua-duanya memenatkan badan dan sangat bagus jikalau hanya ada kurang 30 minit untuk bersenam pada hari berkenaan. Sesudah panas badan atau movement prep/muscle activation, terus capai sebijik atau dua kettlebell untuk sudahkan complex/chain ini.
Dalam masa tersebut, biasanya Bro_Lan dapat habiskan antara empat hingga enam set, dengan rehat secukupnya antara set. Tempoh rehat pula dipendekkan pabila badan bertambah kuat dan kawalan nafas bertambah mantap.
Bro_Lan pula baru sahaja habis set terakhir. Dek sebab bikin kedua complex dan chain berkenaan sesudah ikuti kelas Body Pump, dia duduk melutut kepenatan. Baki masa yang ada, dia ingin habiskan set mendagu dan dips pulak...
Tiba-tiba ada satu tangan menghulurkan sebotol 100Plus yang masih sejuk kepada Bro_Lan daripada belakang. Terus dia menoleh dan Amoi Rambut Macam Avril berdiri sambil tangan masih pegang botol air minuman tersebut...
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan