Rabu, 30 Mac 2022

Hikayat Wobble Board #Memori2006 @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...


 Suatu Tengah Hari Di Sebuah Gym Komersil Pada Tahun 2006

Aksi seorang jurulatih peribadi senior yang akan letak jawatan bulan hadapan bermain dengan papan bulat dalam gambar di atas menarik minat beberapa orang jurulatih senior yang lain.

Jurulatih itu adalah seorang kaki surfing dan kerap pergi ke pantai peranginan untuk tujuan berkenaan. Dia berdarah campur dan namanya pun omputeh.

Bro_Lan pulak baru habis berlatih program Power To The People


di tingkat atas gym, sesudah mandi dan tukar baju untuk masuk kerja, dia turun ke tingkat bawah. Aksi si senior tadi masih berlangsung.

Hebat betul ketahanan si senior mengimbangi badan di atas papan bulat yang asyik bergoyang sahaja itu! Akan tetapi dalam benak fikiran Bro_Lan , dia pulak asyik fikir langkah dan bunga pedang seni silat perguruan sejak beberapa hari sudah...



Akan tetapi sebagai seorang jurulatih budak baru, Bro_Lan pura2 bikin sebok untuk ikuti 'muzakarah' si senior bersama senior2 yang lain. Yelah, kita kan junior, nanti kalau anti-sosial kena kecam pulak! Antara yang hadir adalah amoi cute yang akan menghanjing Bro_Lan tidak lama lagi...

Jurulatih Senior Budak Surfer : "These exercises are good for the core! (sambil buat demo senaman2 yang Bro_Lan rasa payah nak buat tapi nampak cool!)"

Ada jurulatih senior yang lain cuba2 buat gerakan tersebut, ada yang berjaya, ada yang gagal. Riak wajah si senior budak suffer seakan bangga/poyo pabila gerak yang dianggap sukar itu hanya dia sajer mampu buat...

Bro_Lan rasa cemburu dan mula menyampah dengan sesi tengah hari tersebut. Waktu itu dia masih belum bertemu dengan guru2 mulia, para Habaib yang boleh menjadi pembimbing untuk tazkiyatun nafs (penyucian diri daripada sifat2 tercela)...



Dia sedar yang sebagai budak baru, dia serba kekurangan dan tiada keistimewaan tertentu dan sering dianggap si mamat pelik yang suka buat cheating front raise dengan dumbell berat2...

Terdetik dalam hatinya, mungkin sekarang senaman2 yang si ditunjukkan oleh jurulatih senior itu , tidak mampu dia laksanakan. Akan tetapi di masa hadapan, mungkin boleh kot...


Kembali Ke Tahun 2022



Superset tekan tubi samada dengan reebok core board atau bosu bersama inverted row menjadi kegemaran Bro_Lan sebagai workout finisher atau panas badan terutama jika banyak bikin senaman julang atas (overhead lifts).

Amoi Rambut Macam Avril : "Sayang, awalnya you sampai!"

Bro_Lan : "I did few workout prep untuk get ready for your workout routine. Kan kita dah janji akan test drive workout masing2."

Amoi Rambut Macam Avril : I knew that! Yes, my workout will made you cry! Hahaha!"

Sedang mereka berdua gedik-mengedik, ayat-mengayat satu dengan yang lain, si amoi terlihat satu papan bulat seperti piring terbang UFO berdekatan dengan susunan bosu di situ...

Amoi Rambut Macam Avril : "Eh, what is this? It's written here as The Wobble Board!"

Kelu lidah Bro_Lan untuk berkata2 pabila si amoi menarik keluar papan bulat tersebut...  #Memori2006










Tiada ulasan:

Catat Ulasan