Khamis, 18 Julai 2019

Sudut Pandang Bro Lan : Rahsia Kurangkan Cedera

Salam pertemuan...


Mesin reformer pilates untuk latihan elak cedera.

Banyak orang yang cedera ketika bersenam dan bersukan. Hal ini menjadikan industri rawat dan cegah kecederaan tumbuh mekar dimana sahaja terutama kawasan sekitar Lembah Klang.


Sebutlah sahaja : slipped disc,ACL,PCL,meniscus koyak,sprain, strain, injured/weak rotator cuff, golfers/tennis elbow...panjang lagi senarai ini.

Dari segi rohaniah , kecederaan ini adalah tanda penghapusan dosa yang terlalu banyak atau sebagai ujian untuk meningkatkan iman dengan syarat anda bersabar...



Manakala dari segi jasmani pula ia tanda kemungkinan salah gerak senaman, lemah/tegang otot tertentu ataupun sindrom 'too much, too soon, too frequent'.

Jikalau anda cedera,pabila sudah ada sedikit kekuatan biasakan diri itu dengan amal soleh terutama bersedekah dan pergi ke majlis2 zikir/mawlid yang ramai orang soleh ada disitu.Mudah2an dengan keberkatan dua amalan ini, insha Allah anda mudah sembuh...


Pasti ada hikmah disebalik kecederaan itu, pandanglah dengan mata hati #BersangkaBaik

Sesudah itu cari juru terapi kecederaan yang anda biasa/percaya/selesa, mintalah nasihat dan khidmat mereka.Sesudah itu anda mesti buat 'kerja rumah' yang diberikan oleh mereka untuk diamalkan.


Langkah berikutnya patuhi nasihat : "Slow And Steady Win The Race".Mungkin  anda cedera dahulu disebabkan tidak mengendahkan 'amaran' yang diberikan oleh badan anda : fatigued CNS, sakit seperti jarum mencucuk pada sendi tertentu, rasa nak pitam/pengsan. 

Barangkali juga sebab anda terlalu tamak ingin cepat kurus / lebih cergas dari orang lain, maka anda lanyak juga sampai injured tanpa mengira nutrisi, rehat/tidur cukup atau tidak untuk pemulihan. Itulah tanda terlalu menurut hawa nafsu! #Penyucian_Jiwa

Dua guru mulia yang dihormati dan dikasihi...

Berikut ialah berberapa petua untuk elak cedera ketika berlatih :

  • Jikalau tubuh badan penat/kurang tidur/kurang makan dan anda rasakan sendi2/otot2 jadi agak tegang, maka tidak usahlah bersenam pada hari itu walaupun dalam program yang anda ikuti hari berkenaan anda perlu bikin PR attempt!Rehat dan sambung hari berikutnya.
  • Elakkan buat program yang 'gila' seperti Shaun T, Jillian Micheal 30 Days, 10,000 kb swing untuk 30 hari (satu program yang saya sendiri kurang bersetuju walaupun disusun oleh Dan John,jurulatih otai strength and conditioning yang tersohor ) terutama pabila anda mulai rasa tidak cukup recovered dan mulai sakit tak kunjung sembuh sepanjang menghabiskannya.
  • Jangan catu makanan anda semata-mata nak kurus cepat lebih lagi jikalau anda gila workout! Sebaliknya eat clean dengan banyakkan sayuran/salad dan urus makanan anda dengan alternatif sihat ; kurang garam,kurang gula, kurang makanan yang diproses.Anda perlu cukup makan untuk pulih dari sesi senaman yang menyiksakan itu!
  • Selebriti dan atlet tertentu pasti jadi salah satu faktor motivasi anda untuk berlatih!Akan tetapi jangan ikut workout mereka buta-buta tanpa berfikir dan ukur baju dibadan sendiri!
  • Sekiranya anda sudah alami kecederaan, muhasabah/post mortem kenapa ia terjadi,apa senaman atau ubatan /makanan tambahan untuk pemulihan dan lihatlah hikmah disebaliknya. Jangan putus semangat!
Semoga bertemu lagi dalam catatan akan datang...#InshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan