Sabtu, 8 Jun 2019

"Tahun Ni Dah Sado Lah!" @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Beberapa Malam Sebelum Ramadan 1440 / 2019...



Kelas TRX  malam itu diakhiri dengan lagu cool down diatas. Sungguh menggamit memori lagu itu, manakan tidak ,saluran radio cakap omputeh sewaktu zaman sekolah menengah Bro_Lan asyik pasang berulang-ulang setiap hari. 




Suatu Malam Awal Tahun 2000

Lagu Pure Shores runut bunyi cerita The Beach itu sudah naik jelak Bro_Lan dengar tatkala menyiapkan kerja sekolah Matematik Tambahan itu.Stress pulak waktu itu dengan zaman persekolahan. 

Sedikit sahaja kenangan manis sewaktu bersekolah buat Bro_Lan,banyak yang pahit,kelat,pedas,tawar.Dia langsung tak ambil pusing alumni dan seumpamanya...Pedih sangat buat dirinya untuk ditelan...

Kembali Ke Tahun 2019



Syukurlah dua tiga tahun kebelakangan ini Bro_Lan berusaha untuk istiqamah ke majlis2 Habib dan masih berlatih untuk 'make peace with the past...' #Redho #Syukur #TerimaKetentuanTaqdir

Selesai kelas dia pun terus sambung angkat kettlebell. Program double kettlebell push press oleh Geoff Neupert, salah seorang guru awal kettlebell Bro_Lan, perlu dihabiskan sebelum #Ramadan1440 menjelang.



Gerak push press itu berselang dengan double kettlebell press dan front squat pada sesi yang berikutnya.



Program ini memenatkan Bro_Lan
 dan jikalau dapat menghabiskan jumlah ulangan dengan teknik yang betul hanya untuk beberapa set dalam masa 25 minit sudah cukup menggembirakan hatinya.


Di samping itu, gerak variasi Rack Pull juga diteruskan oleh Bro_Lan. Senaman ini dibikin ikut keadaan, sekiranya badan terlalu penat atau kesuntukkan masa ; bebanan diangkat tidak terlalu berat.


Ramadan 1440 pun tiba dan malam2 nya Bro_Lan pergi #ngajikitabbersanad bersama guru mulia Habib Najmuddin Othman Alkhered seperti tahun sebelumnya. Hendak dijadikan cerita, Tuan Bilal AJK masjid tempat pengajian itu masih kenal Bro_Lan dan terjadilah perbualan ini.

Bro_Lan : simpan rehal dekat rak hadapan bawah mimbar.

Bilal Muda : keluar dari bilik Imam sebelah rak tersebut.

Masjid An-Nur , Temasya Glenmarie
Bilal Muda : "Tahun lepas pun datangkan?"

Bro_Lan :" Iye."

Bilal Muda :" Tahun ni dah sado laa!"

Bro_Lan : :D

Latihan dan program senaman yang dibuat sebelum bulan puasa itu nampaknya membuahkan hasil.Syukurlah dan Bro_Lan pulang malam itu dengan update statusnya di meia sosial!

Latihan jasmani sudah kaw team,sekarang latihan mendidik nafsu dan jiwa pula kena tumpu lebih lagi...#ambikberkat #pohonampun 

Dua orang #GuruMulia yang Bro_Lan cukup hormati...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan