Satu pagi di Hartamas 2011 |
CK-FMS Budapest 2012 |
- Ada antara 6-10 senaman ( mungkin kurang lagi ) ,
- Senaman diulang/diguna semula banyak kali,
- Popular dikalangan kaki street workout ,skuad operasi komando (secret ops) dan banduan dalam penjara.
- Orang yang on tight budget/space/time yang punyai displin tinggi untuk bersenam secara konsisten/istiqamah.
Rocky dan pasukannya hanya diberi rumah kampung pendalaman macam bangsal ditengah tundra bersalji tebal sementara Drago berlatih di gym pusat berteknologi tinggi ada heater. Namun Rocky tidak mengalah dan mengunakan sebaik mungkin alat-alat pertanian/penternakkan dan suasana di kampung pendalaman itu untuk bersiap sedia menentang Drago. Keputusannya, anda tengok sendirilah cerita Rocky 4 itu! Latihan si Rocky itu bolehlah kita anggap sebagai berbentuk minimalist.Menonton filem-filem yang memaparkan kisah hero/adiwira berlatih secara minimalist ini memang sangat memberi motivasi untuk berlatih! Akan tetapi latihan sebegini ada dugaannya! Berikut adalah antara cabaran berlatih secara minimalist ini:
- Anda perlu sangat berdisplin, boleh melawan bosan membuat senaman yang sama berulang-ulang. Displin itu mungkin boleh dibentuk tetapi melawan bosan itu satu perjuangan yang amat payah. Antara sebab muncul, cambah, lahir pelbagai senaman aerobik joget-joget yang diminati oleh majoriti wanita adalah kebanyakkan mereka CEPAT BOSAN! Step Aerobic- Jazzercise - Body Jam - Zumba - Piloxing - Bokwa , macam-macamlah. Kalau anda tergolong dalam kelompok ini, minimalist training is not for you. Crossfit mungkin sesuai.
- Anda juga perlu sangat kreatif dalam meningkatkan intensity senaman dan mesti mahir progression - regression satu-satu senaman itu. Misalnya tekan tubi,anda perlu tahu selok-belok daripada push up di dinding hinggalah pumping satu tangan. Buku yang bagus untuk kaki-kaki minimalist yang saya syorkan ialah siri-siri Convict Conditioning ini :
Hanya strict kettlebell press,mendagu, pistol squat dan kettlebell swing/snatch. Saya lost weight, bahu saya terbentuk cantik macam peluru meriam #cannonballdelts , stamina saya mantop, pull ups saya bertambah baik. Adakalanya saya tambah senaman renegade row/bent over row, double kettlebells front squat/split squat dan sott press/floor press untuk spice it up. Saat ini juga saya ikuti kelas gymnastik orang dewasa dan joget tiang, kekuatan bahu dan mendagu saya sangat mengejutkan jurulatih-jurulatih kelas berkenaan. Sekiranya saya memiliki ketinggian yang mencukupi, badan saya pada waktu itu boleh dapat kontrak model Runway! #WishfulThinking
Yup, itulah saya tahun 2009, baru nak mencapai cita-cita itu dan ini. Namun, seperti mana kebanyakkan program yang lain, program minimalist ini juga boleh plateau, hendak pulak hampir 3 tahun diulang benda yang sama : Overhead Press + Kettlebell Swing + Mendagu + Pistol. Antara kekurangan sistem latihan minimalist adalah seperti berikut :
- Otot tertentu akan lagging! Jikalau anda masih belum muntah hijau melihat gambar model #selfie2009 di atas, tengok sekejap pada forearm, traps dan tengkoknya itu: cekeding, kecik. Kalau saya pakai baju, saya kelihatan seperti mat-mat rempit kurus kegilaan awek-awek Form 5 tu!
- Anda juga injury prone walaupun kuat bak hang (cakap Kedah).Saya cedera pinggang sebelah kanan sebab jatuh daripada posisi handstand, tengkok kanan pula masa bikin shoulder mount di atas tiang dan dua kecederaan ini bertambah teruk pabila saya sedang mengejar ujian 24kg 100 reps snatch untuk RKC Copenhagen 2010. Punca utama, otot2 posterior delts saya tidak kuat untuk sudut-sudut tertentu ditambah dengan masih belum menguasai teknik-teknik gerak handstand, shoulder mount dan snatch itu. #YouAreAsStrongAsYourWeakestLink
- Burnout. Nough said!
Itulah pengalaman saya dengan latihan minimalist dan ia penuh pelajaran berguna.
Adakah bro merasa kecewa dengan kesan daripada latihan cara minimalist ini? Oh,tidak,malah ia membuka banyak lembaran baru dalam bidang latihan kecergasan untuk diterokai dan saya lebih bijak mengatur strategi dalam melatih/berlatih.Maka dalam blog ini, saya tidak lagi beri kupasan pasal bab-bab latihan minimalist untuk membuka skop program senaman yang lebih luas.
Tapi bro,kami adalah antara peminat kettlebells dalam kelompok minimalist ini,(kite orang ader sebijik dua kettlebells) camner kalau bro tak lagi cakap bab ini?
Boleh DM sajer saya untuk tips latihan minimalist.
Bersambung...
Siri akan datang khas untuk peminat Star Wars : Sundang Cahaya Biru |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan