Pagi itu Bro_Lan datang awal dan sempat berlatih dengan 'workout buddy' nya sebelum mengajar.
Suatu Malam Pada Hujung 2014
Ada seorang amoi joined kelas latihan suspension training malam itu. Amoi ini seorang jurulatih RPM gantian pabila jurulatih asal ada ada hal tertentu.Hampir semua senaman dia boleh buat dan Bro_Lan dapat rasakan amoi ini berpotensi besar untuk masuk sukan kettlebell...
Pendek cerita,hampir setiap Isnin mereka berdua berlatih angkat besi dan masuk bertanding bersama.Kononnya macam Luke dengan Ray cerita Star Wars tu!Cuma kes Bro_Lan ni,Master Luke yang 'memujuk' Ray.
Star Wars Konon! :D |
2015
Badan Bro_Lan pulak terlalu ringan untuk mengangkat kettlebell ini dan tidak mampu bertahan lama dalam pertandingan. Si amoi pula perlu kuatkan core dan bahu.
2016
Si amoi bertambah gagah nampaknya, dua biji 16kg pun dia sudah mampu menghayun dan menjulangnya.
Bro_Lan pula berusaha memperbaiki tekniknya setiap kali berlatih.Mereka berehat daripada menyertai sebarang pertandingan angkat kettlebell , hampir dua tahun mereka berehat.
2017
Malang menimpa si amoi dengan accident kereta dan Bro_Lan pula fokus untuk kerap hadir majlis-majlis Habib. Si amoi berjaya bangkit
dan Bro_Lan menambah berat badannya untuk menjadi lebih kuat disamping mula rutin bekam sunnah dengan 'pandu uji' variasi barbell rack pull.
2018
Mereka berdua kembali masuk bertanding.Tahun ini mereka berlatih dua kali seminggu. Akan tetai si amoi 'cedera' pergelangan tangan ketika ikuti satu kelas kickboxing.
Sedikit sebanyak semangat si amoi menurun...Cabaran juga untuk Bro_Lan ingin memujuknya tetapi prestasi si amoi boleh tahan juga pada tahun 2018.
2019
Menjadi jurulatih, workout buddy dan team mate si amoi ini memang banyak ups & down tetapi Bro_Lan yakin akan potensinya. Passion dan Patience menjadi pemacu untuk kekal berlatih dan memberi tunjuk ajar, kepada si amoi serta anak didik yang lain.
Ketika ada kawan-kawan sewaktu kerja di Celebrity Fitness dan Fitness First lebih kurang 12-14 tahun dahulu berkahwin dan tukar bidang serta kata tiada masa depan kerja fitness ini, Bro_Lan bersifat headstrong dan respect keputusan mereka itu. He move on with fitness with Passion & Patience.
Dia masih belajar dan tambahbaik setakat yang mampu dan banyakkan bersyukur serta kurangkan mengeluh...
#MoreUpgradingLessComplaining
Tiada ulasan:
Catat Ulasan