Sabtu, 13 Mei 2023

Like, Share, Follow #team_abang_besi @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...



Sebijik 24kg telah diambil pinjam dari rak dekat sudut latihan functional gym berkenaan. Program hari itu adalah turkish get up ;


goblet squat ; 


dan single arm row



Senaman2 asas sahaja untuk hari tersebut. Penyudah gerak pula adalah kettlebell swing : 


Sesudah hampir setahun menjulang dua bijik kettlebell, Bro_Lan ambil keputusan untuk rehat dahulu daripada program2 seperti itu. Overhead lifts memang bagus untuk kekuatan dan kelenturan bahu malah nampak gagah perkasa ketika dua bijik besi itu melepasi kepala.

Akan tetapi, jikalau terlalu lama bikin senaman2 sebegitu kadang kala boleh jadi plateau dan otot2 tertentu jadi terlalu tegang pulak. Bro_Lan beralih pada program2 mudah/ringkas dengan sebijik kettlebell untuk memperbaiki sebarang masalah muscular imbalance dan merehatkan mindanya.

Selesai berlatih, dia berdiri menghadap keluar jendela kaca gym. Aliran trafik agak sibuk diluar. Senarai main di telefon pintar Bro_Lan sedang memutarkan lagu diatas.

Terus dia menyunting video2 latihan sebentar tadi untuk dimuatnaik pada beberapa laman medsos (singkatan untuk media sosial). Sikit2 dapatlah dia membaca logaritma laman2 berkenaan. Pelan2 dia  belajar untuk memberikan isi kandungan yang menarik dan bermanfaat...


Bersambung...


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan