Sabtu, 13 Mei 2023

Sudut Pandang Bro Lan : Selera Pandang Lelaki Atau Sebaliknya? (Male Gaze / Female Gaze)

 Salam pertemuan...


Apa yang anda boleh ceritakan daripada ilustrasi watak Darth Maul daripada franchise Star Wars ini?

  • Sado macam abang atlit bina badan
  • Semestinya maskulin dan perkasa
  • Imej watak antagonist/bad boy/Top G/lelaki Alpha atau Sigma 
  • Jikalau anda seorang lelaki (atau kebanyakkan lelaki), badan dan karisma seperti ini pasti menjadi 'impian utama'.
Mari kita lihat satu lagi gambar.



Lelaki poyo wannabe model seluar mandi abang pendek kemetot ini mungkin menurut kacamata anda (sama-sama lelaki) :

  • Tak cukup besar sebab asyik hayun ketelbol aje kot
  • Beta Male ni,entah-entah Simp
  • Mamat lembut ni, geng budak2 hati tisu
  • Nampak macam lemah ajer mamat ni
Secara dasarnya brader dalam gambar kedua ini dilihat  berlawanan sifat/perwatakkan dengan Darth Maul yang hebat diatas oleh majoritas kaum Adam. Brader itu sudah tidak ambil peduli sangat pandangan orang lain terhadap diri, perwatakkan dan tubuhnya.

Akan tetapi, si brader sedang menghalusi dan mencerap berkenaan susuk tubuh mana yang menarik minat kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan. Beza bab rupa, dandanan rambut, cara berpakaian yang diminati oleh dua jantina ini,biarlah laman web/penulis lain yang membuat kupasan lanjut.

Sekali lagi kita letak dua gambar di atas dan minta orang perempuan yang menilainya.



Darth Maul

  1. Eee, besar sangat lah otot bro kulit merah ni!
  2. Banyak tatoo pulak tu!
  3. Ooo, I love that bad boy looks and confidence!
  4. I tak suka lah banyak kaler merah kat dia ni!
  5. Bro kaler merah ni mesti gagah perkasa untuk elamatkan damsel in distress macam I!

Brader Nombor Dua

  1. Hmm, he's cute!
  2. Muka budak2 kot!
  3. Suka his body, tak besar sangat tapi ada sket muscle!
  4. Tapi dia pendek lah,kalau over 6ft, memang I date him!
  5. Nampak kurang keyakinan diri jer mamat ni!

Pada minda separa sedar/bawah sedar kebanyakkan lelaki (bukan semua), lagi besar otot2 di badan, lebih utama. Big and strong. Hal yang demikian berbeza dengan wanita (juga bukan semua), tak suka besar sangat, tetapi kalau boleh jangan kecik sangat.

Untuk pengetahuan anda, brader nombor dua itu pernah beberapa kali cuba untuk besarkan otot dengan program2 volume tinggi overhead lifting dengan kettlebell bersama dengan banyak makan.


Ditambah dengan musim PKP semasa zaman wabak, brader itu berjaya besarkan badan dekat2 macam pemenang kedua musim kedua The Titan Games ini ;


Komen yang cepat sekali brader nombor dua dapat ketika 'bulking' ini baik lelaki atau perempuan tempatan (orang Malaysia lah) ialah :

" You/Ko dah gemok lah! 

"Nama jer main gym /kettlebell tapi badan dah gemok!"

Geram juga brader nombor dua dengar komen kedua sebab ketika dia bertemu sahabat dan saudara yang memberi komen, dia pakai baju longgar ke majlis2 Habib...


Takkan dia kurang adab pakai baju compression ke majlis2 tersebut atau kenduri kendara sanak saudara! Pergi ke gym ada baju khasnya, pergi ke majlis ada kod etikanya...

Anyway, kembali pada tajuk utama kita. Boleh kita simpulkan seperti dibawah :

Selera Pandang Lelaki : (secara umum dan ikut kebanyakkan) Lagi besar otot2 tertentu lagi bagus, lagi Top G (macam Andrew Tate@Abu Andrew)

Selera Pandang Wanita : (secara umum juga) bentuk tubuh si jejaka sedap mata mereka memandang, muscles in the right places, mungkin ikut nisbah Fibonacci seperti dibawah ini :



Kedua2 selera pandang ada beberapa persamaan: tak mau gemok, tak mau peghot boncet, mau perut ketak2 enam petak.


Bersambung...


Like, Share, Follow #team_abang_besi @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...



Sebijik 24kg telah diambil pinjam dari rak dekat sudut latihan functional gym berkenaan. Program hari itu adalah turkish get up ;


goblet squat ; 


dan single arm row



Senaman2 asas sahaja untuk hari tersebut. Penyudah gerak pula adalah kettlebell swing : 


Sesudah hampir setahun menjulang dua bijik kettlebell, Bro_Lan ambil keputusan untuk rehat dahulu daripada program2 seperti itu. Overhead lifts memang bagus untuk kekuatan dan kelenturan bahu malah nampak gagah perkasa ketika dua bijik besi itu melepasi kepala.

Akan tetapi, jikalau terlalu lama bikin senaman2 sebegitu kadang kala boleh jadi plateau dan otot2 tertentu jadi terlalu tegang pulak. Bro_Lan beralih pada program2 mudah/ringkas dengan sebijik kettlebell untuk memperbaiki sebarang masalah muscular imbalance dan merehatkan mindanya.

Selesai berlatih, dia berdiri menghadap keluar jendela kaca gym. Aliran trafik agak sibuk diluar. Senarai main di telefon pintar Bro_Lan sedang memutarkan lagu diatas.

Terus dia menyunting video2 latihan sebentar tadi untuk dimuatnaik pada beberapa laman medsos (singkatan untuk media sosial). Sikit2 dapatlah dia membaca logaritma laman2 berkenaan. Pelan2 dia  belajar untuk memberikan isi kandungan yang menarik dan bermanfaat...


Bersambung...