Salam pertemuan.
Anda mungkin tidak bersetuju dengan semua atau sebahagian pendedahan yang akan saya sebutkan dalam catatan ini. Saya sanjung pandangan anda dan harap kita sama2 berlapang dada.
Seperti selalunya dalam blog ini, kita layan dahulu klip video yang mencorakkan mood dalam kebanyakkan catatan. Lagu penutup filem Rambo : Last Blood dibawah menjadi imbas kembali nostalgia setahun lalu sesudah gym kembali dibuka selepas enam bulan PKP separuh masak bukak tutup bukak tutup...
1. JANGAN TERPENGARUH DENGAN BERLAGAK POYO BERSAMA KULTUS TERTENTU DALAM LATIHAN KETTLEBELL.
Seperti kaki Crossfit, Zumba, angkat berat ( powerlift mahu pun gaya olimpik ),street /park workout, yoga aerialist mahupun geng berbasikal yang tengah up waktu ini, kumpulan orang yang berlatih kettlebell juga tidak terlepas daripada penyakit hati :"Kumpulan aku lebih baik daripada kumpulan orang lain ".
Alhamdulilah, berkat didikkan para Habaib dalam majlis2 mereka seperti video diatas banyak memberi kesedaran buat diri ini. Jika anda yang membaca ingat/sangka saya sudah terjebak ikut jemaah pemuja kubur yang suka bergendang dan bertawassul dari lembah Hadralmaut, ikut suka hati tuan/puan semua lah. Saya hormati pandangan ulamak/sheikh yang anda ikuti itu...
Akan tetapi, sabar sekejap. Rasanya kita boleh bersetuju dalam satu perkara : orang/kumpulan yang rasa dia paling bagus dan pandang rendah orang lain, pasti membuatkan kita rasa menyampah.
Tidak dinafikan , latihan kettlebell memiliki beberapa manfaat yang mengatasi alatan yang lain. Namun, ada juga kekurangannya dan alatan yang lain juga sedemikian rupa.
Peminat kettlebell boleh belajar banyak benda dengan pengamal sistem senaman/alatan yang lain dan begitu juga sebaliknya. Barangkali kekurangan yang ada pada sistem/program kettlebell dapat ditampung dalam sistem/program/alatan yang lain.
Pabila ada mind set begini,maka perangai perasan 'dia sorang ajer yang bagus/betul' dapat dikurangkan/diubati. Jom baca fasal seterusnya.
2. BICEPS CURL BUKAN SENAMAN BODOH2, BUANG MASA
Kesian abang2 bina badan atau peminat/pengikut mereka yang selalu kita sindir mereka (siap buat memes lagi) sebab obsess bikin biceps curl waktu mereka bersenam.
3. BUKAN BERSIKAP PERKAUMAN (RACIST) TETAPI MAAF CAKAP, SELALUNYA (BUKAN SEMUA) AMOI/NYONYA/AH SOO YANG TERLEBIH VOLUME MENGHAYUN KETTLEBELL SELALU/CEPAT SAKIT PINGGANG (LOWER BACK)
- mencabar otot teras dan stabilizer anda untuk kekalkan posisi menegak (upright) dalam setiap ulangan.
- bakar banyak kalori dan mencabar stamina anda, boleh tercungap2 juga selepas beberapa ulangan/set.
- memberi lebih banyak carryover dalam senaman2/sukan2 yang lain.
- bertindak secara synergistic dengan mobility hips anda (sendi pinggul wanita biasanya lebih lentur berbanding lelaki)
- melatih anda bertahan/bersabar/kekuatan mental sebab deep squat dengan kettlebell tidak mudah untuk dilakukan
4. SIMPLE DAN SINISTER(S&S) ITU ADALAH ENTRY LEVEL UNTUK SISTEM LATIHAN YANG DIPELOPORI OLEH CHIEF PAVEL, ANDA KENA PROGRESS KE PROGRAM BERIKUTNYA IAITU ENTER THE KETTLEBELL .
Walaupun dalam buku S&S itu memberi saranan agar anda dapat bikin 32kg/24kg untuk 10 ulangan turkish get up dan 200 ulangan swing dalam masa tertentu, pada hemat saya untuk majoriti pengamal kettlebell, wanita yang guna 8kg hingga 12kg dan jejaka yang guna 12kg hingga 20kg untuk piawaian diatas sudah memadai.
5. MAAF CAKAP, TIDAK SEMUA FAT/WEIGHT LOSS ATAU CARRYOVER, SUCCESS STORIES/TESTIMONIAL DALAM IKLAN PROGRAM KETTLEBELL ITU 100% TEPAT.
6. SEKALI LAGI BUKAN RACIST, TETAPI ABANG2 MELAYU BILA MULAI MENJULANG KETTLEBELL ,MACAM2 MASALAH TIMBUL.
- nampak berbintang ketika press (mungkin masalah darah tinggi)
- rasa sengal bahu atau sakit yang tidak selesa sesudah press
- penat yang keterlaluan bila clean and press.
- siku pulak sakit (mungkin tanda2 golfer's elbow) atau tidak boleh lurus.
- Kurang faham/jelas mekanisme/teknik overhead press yang selamat dan berkesan.
- Bahu dan belikat (terutama bahagian thoracic) samada terlalu ketat/tegang atau pun sebaliknya, terlalu longgar/lentur
- Aturan nafas yang kurang mantap.
- Gagal/kurang activation otot2 tertentu untuk kawalan (stabilizer) dan penambah kekuatan ketika press ( glutes,hamstring,quads, tapak kaki, lats , adductor/abductor, abs/obliques).
- Rasa kurang yakin, senang cakap gemuruh ketika menjulang kettllebell.
7. INFLUENCER DI MEDIA SOSIAL YANG BERBADAN SADO BUAT SENAMAN KETTLEBELL DAN DAKWA DAPAT BADAN MACAM ITU DENGAN KETTLEBELL. TAK SEMUDAH ITU BRO!
Joe Daniels, diikuti oleh Levi Markwardt
kemudian Zar Horton.
Tiga orang abang ini memang menjadikan kettlebell sebagai alat utama dalam latihan. Jika anda ikuti latihan mereka di media sosial, mereka banyak bikin senaman asas dengan kettlebell seperti :
- VARIASI FRONT SQUAT DAN LUNGES
Senaman asas dan variasinya nampaknya sudah cukup untuk mereka bertiga. Kadangkala mereka bikin kettlebell passing/juggling dan kettlebell flow.
Akan tetapi , majoriti gerak senaman dalam program mereka hanyalah benda2 asas. Perjalanan saya untuk jadi sado seperti mereka masih panjang, tetapi hasilnya mulai kelihatan...
Sila semak latar belakang influencer yang anda ikuti sebab badan dia sado tetapi hanya tunjuk kettlebell around the world dan dakwa ia senaman abs yang paling baik.
Pada hemat saya, mereka memberi gambaran salah yang mana jika buat senaman begitu begini, perut dapat kempis. Orang masih baru boleh tertipu dan akhirnya salahkan kettlebell tidak berkesan, walhal influencer tadi entah berapa tahun workout di gym atau/serta ambik dadah untuk dapatkan susuk tubuh sedemikian rupa.
8. KETTLEBELL FLOW : CANTEK DI MATA, MENARIK DI INSTA, KONGSI DI FB, TRENDING DI TIK TOK, #PANDANGAN_MATA_SELALU_MENIPU (KAWAN2 WORKOUT FLOW, SABAR,BACA DULU)
- Susun atur flow yang mudah diikuti.
- Pada masa yang sama gerak didalamnya gunakan/aktifkan/gerakkan semua otot2 utama.
- Selitkan juga video anda bikin senaman2 untuk elak kecederaan/bina otot/regangan untuk bertambah mutu dalam flow berkenaan.