Sabtu, 13 Ogos 2022

Manfaat/Rahasia Overhead Squat @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...


Suatu Pagi Di Sebuah Gym Tahun 2022

Nampaknya dua bijik 24kg dan sepasang 20kg yang tersusun kemas di rak kettlebell gym berkenaan belum diambil orang. Dengan pantas Bro_Lan angkut besi2 itu ke sudut 'functional training' yang ada 'rumput hijau'.

Dia perlu habiskan aturan sesi latihan yang ada dalam satu program angkat kettlebell seorang jurulatih kanan Strong First. Walaupun dia ketika ini tidak terikat dengan mana2 organisasi kejurulatihan angkat kettlebell, namun program2 daripada jurulatih berkenaan sering memberi kesan baik (tak mau sebut positif2 di zaman wabak ini) pada kekuatan mahupun bentuk tubuh badannya

Program baru ini ada dua senaman utama,iaitu :
  • Double Kettlebell Overhead Press
  • Double Kettlebell Front Squat
Akan tetapi, Bro_Lan menggantikan Front Squat itu dengan Overhead Squat. Kebetulan dia baru selasaikan dua program senaman guru kettlebell yang banyak memberi pendedahan berkenaan kettlebell complex dan kettlebell chains, maka terus sambung sahaja. 


Untuk press, dua bijik 24kg diperlukan manakala untuk variasi squat dengan menjulang bebanan, dia siap sedia dengan dua bijik 20kg atau sepasang 16kg. Kekuatan dan kestabilan otot2 dibahagian bahu sangat2 diperlukan untuk mengharungi program ini.


Senaman #kettlebellarmbars dalam video diatas bersama #skinthecat dalam video dibawah ;


sering menjadi #movementprep atau #prehab bersama beberapa regangan yang lain sebagai pencegah kecederaan #injuryprevention.

Lebih kurang sembilan minggu untuk Bro_Lan selesaikan program ini.Dia berusaha untuk menjulang dan mengangkat kettlebell2 yang diperlukan dimana sahaja yang ada kesempatan.


Samada ada di gym mahupun dirumah, dua bijik kettlebell dia usahakan untuk mengangkatnya sehabis baik. Sibuk bertugas atau bergegas ke majlis2 Habib, insha Allah dia ikthiarkan juga habiskan sebelum atau sesudah kerja/majlis.

Suatu Pagi Ketika Pulang Ke Kampung Halaman Tahun 2022

Pada sesi terakhir, dia ingin lihat setakat mana program berkenaan memberi kesan pada kekuatan dirinya. Dua bijik 32kg, dua bijik 28kg dan dua bijik 20kg disusun berdekatan dan ;


Dengan dua bijik 32kg , dia dapat 3 ulangan strict press, kurang satu ulangan berbanding Personal Record (PR) tahun lalu semasa 'PKP separuh masak'.



Dua bijik 28kg pula dia berjaya kembalikan PR  terdahulu, 8 ulangan.


18 ulangan pula adalah PR terbaru untuk dua bijik 20kg berbanding lima tahun dahulu.



Bro_Lan sangat bersyukur atas rekod2 yang telah diperoleh hasil daripada program strict press dan overhead squat ini. #Alhamdulilah

Dia ingin angkat dua bijik 24kg pula untuk lihat berapa pula ulangan yang akan diperoleh, akan tetapi tenaganya sudah berkurangan. Esok lusa sesudah kembali ke Lembah Klang, dia akan cuba angkat dua bijik 24kg itu.

Di Suatu Pagi Yang Lain Di Sebuah Gym Di Tahun 2022

Dua bijik 24kg masih ada di rak tanpa diambil oleh mana2 ahli gym yang lain. Bro_Lan mencapai kedua2 nya dan bergerak menuju ke sudut 'functional training' itu sekali lagi.

Rupa-rupanya Amoi Rambut Macam Avril ada disitu sedang buat regangan dan terus tersenyum girang pabila melihat Bro_Lan bikin farmer walk dengan kettlebell2 itu.

Si amoi terus pergi mendapatkan Bro_Lan untuk membantunya. Rupa2nya si amoi kerja outstation untuk beberapa bulan. Hasrat untuk angkat kettlebell tergendala buat seketika disebabkan ingin melayan si amoi...