Selamat bertemu kembali...
Penat betul pecut-memecut dalam kelas latihan circuit treadmill tidak bermotor pagi tersebut. Dengan saki-baki tenaga yang masih tersisa sesudah tamat kelas berkenaan, Bro_Lan menghampiri kawasan tempat simpan tali latihan suspension dan bola potong sekerat dalam gambar diatas.
Biasanya dia pergi ke sudut yang mana terletaknya mesin Power Plate, akan tetapi ramai pulak orang disitu. Untuk jaga SOP, dia pun mainlah TRX dan Bosu Ball disatu sudut yang lain.
Superset ringkas senaman upperbody ajer untuk hari itu, inverted row dan tekan tubi.Kaki Bro_Lan sudah rasa lengguh dan pumped sebab banyak jugak melompat dalam kelas sebelumnya. Video yang telah dimuatnaik oleh Alex Alpha Destiny ini;
memberi idea dan menjadi inspirasi buat Bro_Lan. Paduan dua senaman upper body ini saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Superset ringkas senaman upperbody ajer untuk hari itu, inverted row dan tekan tubi.Kaki Bro_Lan sudah rasa lengguh dan pumped sebab banyak jugak melompat dalam kelas sebelumnya. Video yang telah dimuatnaik oleh Alex Alpha Destiny ini;
memberi idea dan menjadi inspirasi buat Bro_Lan. Paduan dua senaman upper body ini saling melengkapi antara satu dengan yang lain.
Secara amnya, inverted row ada beberapa ciri/manfaat tertentu seperti :
- Horizontal pulls, kumpulan gerak yang sama dengan kettlebell/dumbell/barbell row. Inilah gerak senaman nombor satu yang biasanya para jurulatih , tak kira otai atau newbies untuk memperbetul postur yang membongkok. Akan tetapi ada beberapa cara lain juga yang Bro_Lan temui untuk tujuan berkenaan.
- Tidak meletihkan/lengguhkan bahagian lower back seperti variasi row yang lain.
- Tidak perlu add on bebanan seperti row dengan besi2 yang telah disebutkan tadi, cuma dekatkan/jauhkan badan daripada titik penyangkut tali (anchor point) untuk ubahsuai tahap kesukaran (semakin hampir, semakin mencabar, begitu juga jika sebaliknya.)
- Posisi badan dalam keadaan reverse plank, mengimbangi kedudukan plank ketika tekan tubi.
Tekan tubi pula adalah gerak antagonist kepada inverted row. Antara persamaan disebalik perbezaan kedua2 gerak senaman, adalah seperti berikut :
- Oleh sebab tiada bebanan luaran (boleh juga pakai vest pemberat untuk lebih cabaran), tekan tubi dan inverted row ini boleh bikin volume tinggi samada banyak ulangan, banyak set atau gabungan keduanya.
- Sangat 'user friendly' kepada bahu, belikat dan siku. Bench Press , Overhead Press dan Row dengan besi2 pemberat mungkin beri sedikit rasa kurang selesa kepada otot/sendi tadi jika terlebih volume latihan daripada yang sepatutnya.
- Dalam kedua gerak senaman ini, jikalau otot2 teras/stabilizer seperti transverse abs, multifidus, external dan internal obliques serta adductors, glutes, hamstring, quads tidak/malas diaktifkan,kedudukan utama iaitu plank tidak dapat dicapai.
- Kekuatan dan saiz/bentuk otot upperbody yang menyeluruh. Bro_Lan hanya perlu tambah mendagu dan dips serta senaman posterior/lateral delts bersama biceps/triceps/forearm jikalau ada lagging body parts atau prehab/rehab kecederaan tertentu.
Bergoyang-goyang juga badan Bro_Lan ketika bikin tekan tubi dengan letak tangan diatas BOSU itu. Dia ambil nafas,betulkan kedudukan tubuh dan aktifkan otot2 teras kemudian turun naik dengan kawalan.
" Damn, handsome kuat la you!"
Terkejut jugak Bro_Lan pabila terdengar suara itu. Berbunga rasa hatinya dan blushing jugak wajahnya. Dia pusing ke belakang untuk melihat siapakah tuan punya suara itu...