Selasa, 25 Januari 2022

Dah Tak Semput Lumba Lari Dengan Amoi2 Cute #CNY2022 @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...

Suatu Lewat Pagi Di Awal Tahun 2022

Hampir separuh daripada peserta yang ikuti kelas latihan circuit guna treadmill tidak bermotor (seperti dalam gambar diatas) tengah hari itu adalah  orang baru.

Bro_Lan juga turut serta dan sejak kebelakangan ini,dia sering jadi satu2 nya lelaki dalam kelas itu. Rasa malu jugak kadang2 , akan tetapi dia buat tak tau jer dan tumpu pada siri gerak senaman yang akan diajarkan oleh jurulatih bertugas. Dia punya matlamat ingin ambil sebanyak mana manfaat yang boleh daripada kelas2 yang dia ikuti...

Adakalanya, amoi/minah cindian / minah salleh yag ikut sekali itu mula menegur Bro_Lan untuk berbual sebelum/ selepas kelas.Dia layankan jer tapi biasanya cepat habis sebab dia tiada modal/isu untuk membawang. Nanti salah topik meyinggung perasaan dan pecahkan perpaduan pulak...

Dia jugak sudah kurang nak mengorat /mengayat kelompok wanita diatas, dikhuatiri bertepuk sebelah tangan sahaja atau pun mereka sudah berpunya. Jikalau masih available pun, Bro_Lan rasa kecewa dan putus harapan untuk ada makwe/gelpren lagi, dia akan sentiasa dukacita serta bermadah seperti lagu dibawah...



Set yang berikutnya adalah pecut sekuat hati diatas treadmill tak bemotor itu. Bro_Lan pun lari sepantas yang boleh dan dia dapat had laju tertinggi pada hari itu.

Aksi itu mendapat perhatian amoi/minah cindian/minah salleh yang berlari bersamanya serta yang lain yang sedang habiskan set dengan barbell, kettlebell, dan box jump. Abang melayu yang muka manis dan pakai compression berjenama itu seolah2 bukan dirinya ketika di atas mesin itu...

Mereka tidak tahu disebalik bersenam penuh perhatian dan buat sehabis baik oleh abang melayu itu, ada kisah2 lama yang membakar semangatnya...



Pengalaman hidupnya yang banyak dicabar oleh orang perempuan sangat memberi motivasi. #ego_tercalar

Akan tetapi, Bro_Lan juga belajar untuk mengawal emosi dan hanya gunakan perasaan tersebut pada waktu/tempat/situasi yang sesuai. Contoh klasik yang dia selalu diulang tonton olehnya ialah adegan pertarungan akhir filem Fearlesss Hyena ini...



Hero cerita diatas dapat didikkan daripada sifunya agar 'bermain dengan emosi' dalam jurus2 pukulan perguruan mereka. Jikalau hanya rasa geram dan marah sahaja sepanjang waktu, badan akan jadi tegang dan gerak jadi berat.

Gunakan kemarahan itu sebagai final blow yang memacu dalam set terakhir , save the best for last cakap omputehnya...

Selepas tamat kelas mereka pergi dapatkan Bro_Lan ingin mengorek 'rahsia' kepantasan yang dilihat sebentar tadi.

Awek Cindian Gymsharkz : "Bro, you are fast! what kind of training did you do to get that speed?"

Minah Salleh Aloo Yoga : "Yes, do share with us!"

Amoi Legging Lulu : "Yeah man!"

Bro_Lan : "Ladies, I did lots of #hipthrust, #glutesbrigde or #hamstringcurl



beside training with the kettlebell and using the Power Plate machine."

Awek Cindian Gymsharkz : "You joined Body Pump too right? Always saw you using heavier weights than us."

Bro_Lan : "And RPM (indoor cycling) for stamina, cadence and pacing."

Minah Salleh Aloo Yoga : "Lots of hamstring and glutes! Interesting!"

Bro_Lan : "Yeap, to run fast and safe, we need all the help we can get from the whole lower body. If possible strengthen all!"

Amoi Legging Lulu :  "Cool tips bro! Will do more glutes and hamstring then! Tomorrow if you are free, come follow us for Yee Sang! Don't worry, its halal one!"

Mereka ingin ajak Bro_Lan makan rupanya pada esok. Bab orang belanja makan , memang dia tidak menolak, asalkan halal. Cepat2 dia tengok sama ada dia ada kelapangan atau tidak untuk ikut mereka raikan Tahun Harimau ini...





Rabu, 5 Januari 2022

Otot Mana Perlu Kuat Untuk Angkat Kettlebell (BHG 10)

Selamat bertemu kembali...


 Sembilan siri yang sebelum ini mula ditulis lebih empat tahun dahulu dan masih on going lagi, #InshaAllah. Harap anda dapat ambil manfaat daripada catatan-catatan itu.

Secara ringkas, otot-otot yang perlu diperkuat untuk angkat kettlebell adalah :
BHG 5 dan siri ini (BHG 10) pula adalah unik kerana saya tidak mensyarahkan otot-otot tertentu, akan tetapi teknik latihan yang juga membantu untuk kuatkan badan mengangkat kettlebell.

Dalam BHG 5, ada video latihan Rocky 3 yang disuruh berenang seperti ikan tuna dan dia jadi penat kerana belum biasa. Dia juga terkejut kerana dia tidak pernah tahu yang dia ada otot-otot tertentu yang diaktifkan ketika bikin kuak lentang itu.

Pengalaman saya juga sedemikian rupa. Kelas senaman yang bikin saya rasa seperti Rocky Balboa itu adalah Body Pump dan RPM. Kedua-dua program daripada Les Mills ini memang kasi penat badan kaw-kaw punya.

Biasanya saya duduk di barisan hadapan studio , bertentang mata dengan tenaga pengajar diatas pentas. 'Kawasan' itu memang tidak ramai ahli gym yang mahu berdiri/duduk disitu sebab jadi tumpuan utama jurulatih bertugas.

Jikalau saya ada slack atau bikin silap mahupun pancit, terus ditegur, diberi semangat! Ada hari yang yang saya cukup bertenaga dan ada juga lembik macam belacan.

Senaman dalam Body Pump adalah full body dan ikut rentak ,tempo/beat lagu yang dimainkan. Pabila tiba lagu (track) untuk otot dada (chest), back, lunges dan biceps, biasanya saya akan 'kecundang'.

Rasa lenguh, burnt otot-otot tersebut memang tidak boleh disembunyikan! Untuk saya lebih tahan lasak dalam kelas berikutnya, chin ups dan dips menjadi gerak utama disamping rack pulls, overhead lifts dan front squat.


Kelas RPM pula mencabar ketahanan otot peha sebab perlu cekap untuk masuk/keluar  gear basikal senaman itu dan ikut rentak putaran kaki jurulatih di hadapan. Postur yang betul juga mesti dijaga ketika menunggang basikal itu, maka saya kembali berlatih dengan tali suspension untuk buka dada dengan inverted row/biceps curl/posterior delts. Kettlebell front squat juga dimasukkan sebagai superset.



Adalah sangat mustahak untuk anda tahu kumpulan otot mana yang banyak/kurang digunakan dalam kelas-kelas tersebut. Jikalau kelas itu nampaknya quadriceps dominant, bermakna anda perlu imbangi dengan bikin hamstring,glutes, inner thigh dan betis. Banyak tekan tubi dan overhead lift? Maka anda perlu memperbanyakkan direct posterior delt dan upperback. Pasti ada crunches dan oblique sebagai finisher kelas berkenaan? Anda kena buat back extension atau/dan superman untuk menampung spine flexion/rotation itu.

Hukum timbal balik dan imbang/tampung ini terpakai dalam apa sahaja program senaman, sewajarnya dititiberatkan kepada anak didik /atlit. Ia perlu untuk elak/kurangkan kecederaan sendi/otot dan agar dapat beraksi cemerlang dalam kelas-kelas diatas.

Percubaan ujian snatch dengan 24kg dalam masa 5 minit juga bertambah baik sesudah ikuti Body Pump dan RPM. Besi itu rasa sedikit ringan dan saya kurang pancit, dapatlah antara 70-85 ulangan.#Syukur_Alhamdulilah



Perjalanan untuk dapat 100 ulangan rasanya tidak lama lagi sampai...#Insha_Allah








 

Isnin, 3 Januari 2022

Ah Moi Terlompat2 , Awek Giler Sit Up #DidikanHabib ...@Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...



Suatu Pagi Di Awal Tahun 2022

Hujan renyai-renyai di luar gym. Sejuk sekali studio untuk kelas latihan circuit pagi hujung minggu itu. Bro_Lan layan dahulu lagu hits dari tahun 2002 diatas untuk kurangkan rasa gemuruh sebelum mengajar.

Dumbell, power bags , ViPr dan kettlebell sudah dia siapkan dan nyahcemar sebelum kelas bermula. Peserta kelas itu pun begitu juga. Ada berbaki 10 minit lagi sebelum kelas bermula dan Bro_Lan perlu get into the zone/mood...



Dengan tidak semena-mena, datang seorang awek dan seorang ah moi ke dalam studio. Si awek siap bawak fitball dan yang ah moi pulak bawak tikar senaman dari luar. Kedua-duanya langsung tidak ambil alatan yang akan digunakan dalam kelas latihan circuit itu.

Si awek terus bikin sit up dengan bola itu dan si ah moi terkinja-kinja buat jumping jack dengan timer sendiri. Seolah-olah mereka tidak sedar ada kelas dengan jurulatih bersama peserta yang ikut serta sudah siap sedia hendak bermula! #Ko_Rasa 

Hati Bro_Lan sudah mula rasa kurang senang dengan gelagat mereka berdua. Tiba-tiba dia dapat pemberitahuan video terbaru Maulana Iqbal Zain Al Jauhari, hanya beberapa minit sebelum kelas bermula tatkala ingin mematikan telefon.



Kurang sedikit rasa tidak puas hati kepada si ah moi dan si awek. Didikan Habaib dan Maulana banyak menjadikan Bro_Lan lebih berlapang dada. Tidak lama selepas itu mereka berdua pun keluar dari studio dengan sendirinya dan Bro_Lan memulakan kelas.

Selesai kelas, termenung sekejap Bro_Lan mengenangkan peristiwa tadi. Rasa ego dalam dirinya masih tinggi walaupun dia berada di pihak yang betul. Mungkin si ah moi dan si awek baru join gym, mungkin juga diluar studio ramai orang sampai tiada tempat untuk melompat2 dan buat abs...

Maka Bro_Lan perlu lebih kerap hadir majlis2 Habib kerana rasa bangga diri itu perlu ditundukkan...