Selamat bertemu kembali.
SUATU PETANG DALAM PKP2020
Syok betul Bro_Lan layan ulangan (yelah, studio2 penerbitan di Amerika Syarikat pun tutup lockdown, nak buat camer?!) siri diatas walaupun hanya ke udara satu musim ajer. Hero , Scott Foley yang Bro_Lan kenal daripada siri The Unit
dan gandingannya pula adalah Lauren Cohan daripada siri The Walking Dead.
Siri penyiasatan satu musim itu menjadi kegemaran kerana jalan cerita dan watak-watak di dalamnya adalah 'dream team' dan 'dream job' kepada Bro_Lan ; tugasan serious menyiasat untuk selamatkan negara oleh sekumpulan pasukan perisik pelbagai kemahiran tetapi mereka santai, sempat melawak waktu bikin kerja.
Itulah antara aktiviti yang boleh dibuat sewaktu #PKP2020 , bukannya boleh ke sana ke sini :
silap haribulan naya jadinya:
Maka bertabahlah, jaga solat dan wirid bersama mengaji kitab online serta terus angkat kettlebell. Scroll atas bawah medsos juga jadi rutin harian dan seringkali Bro_Lan lihat posting gerak kettlebell flow dan juggling mendapat capaian like beribu2.
SUATU PETANG DI AWAL TAHUN 2012
SEKITAR TAHUN 2013 HINGGA 2015
Bro_Lan ambil keputusan muktamad untuk tidak lagi fokus pada sistem gerak flow dan hanya senaman2 bagus daripada sistem berkenaan seperti merangkak seperti beruang, rimau akar dan labah2 untuk diamalkan.
dan bentuk pasukan untuk bertanding sukan kettlebell.
SUATU MALAM DALAM PKP2021
Banyak yang Bro_Lan bina dan capai apabila tidak lagi tumpu pada sistem gerak flow semenjak daripada itu. Terbaru, dia berjaya pecah rekod strict press dengan dua biji 28kg.
Buat kawan-kawan yang minat sistem gerak flow, Bro_Lan sanjung tinggi sebab sabar dalam ekspresi diri melalui senaman dan berjaya mengubah pandangan kaki exercise. Akan tetapi keutamaannya dalam latihan jasmani tidak banyak berubah : kuatkan badan, bina otot, didik pasukan ,dalam masa yang sama tingkatkan kemahiran dengan memilih untuk fokus pada program latihan conventional...