Isnin, 19 April 2021

Petua Ustaz Taranum #Angkat_Berat_Olimpik @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...

Suatu Petang Lepas Zohor Di Tahun 1997

Mushaf Rasam Uthmani berada di depan Bro_Lan yang ketika itu baru budak tingkatan satu. Tergagap-gagap dia membaca naskah Quran Karim itu dek font berbeza dengan Quran Majid yang diajarkan oleh arwah neneknya.

Cukup sukar dia hendak menguasainya dan hal yang demikian jadi sebab dia gagal dalam ujibakat masuk Kelas Kemahiran Quran di madrasah itu. Bayangkan , naskah Quran yang Bro_Lan cukup biasa baca berlainan dengan naskah yang digunapakai untuk ujian kelayakkan tersebut...

Peristiwa gagal masuk kelas khas untuk pengajian Quran ini jadi antara wake up call utama dalam hidup Bro_Lan. Dia sedar dirinya memang tidak ada langsung 'natural gift' dalam apa sahaja bidang ketika itu...(Baru budak lagi kot, tapi guru2 waktu di madrasah itu demanded too much from him...)

Dia lebih 'panas' pabila bebudak lain yang lulus dapat join kelas khas tersebut, asyik2 mengalunkan taranum (lagu ketika baca Quran) Bayyati Husaini yang telah mereka pelajari tatkala ke mana sahaja mereka pergi. 

Abang2 senior juga ada yang menyindir Bro_Lan yang rajin beribadah macam ahli sufi itu sebagai buat malu jer pasal gagal masuk kelas kemahiran itu walaupun banyak solat dan zikir...(Banyak wabak penyakit hati di madrasah itu nampaknya...)

Suatu Pagi Di Tahun 1998

Guru pengelola kelas khas itu sudah bertukar. Seorang ustaz yang sering masuk musabaqah telah diamanatkan untuk jadi 'one man show' kelas berkenaan. Ustaz itu diperkenalkan secara rasmi dalam perhimpunan sekolah dan diminta memberi kata2 aluan dan ada satu kenyataan beliau yang Bro_Lan cukup ingat sehingga hari ini...

Ustaz Johan Qari : "Sesiapa yang ingin masuk kelas kemahiran, boleh jumpa saya dan baca depan saya. Kalau layak boleh mula ikuti kelas itu esok."

Bro_Lan rasa teruja dan waktu rehat hari itu terus dia mencari ustaz itu dan the rest was a great history...(Gembira dan syukur sangat dengan peluang kedua tersebut sampai ingin baca Qasidah Burdah alunan oleh Maher Zain ini!)

 

Setelah beberapa kelas, Ustaz Johan Qari mula berkongsi beberapa petua yang sangat mujarab untuk baca Quran sebutan sebutan dialek Arab Quraisy, lidah mulia Rasul Junjungan SAW. Petua2 yang Bro_Lan anggap sebagai anak kunci utama ini masih diamalkan hingga kini sampai dia jadi pelajar terbaik kelas bersama Syeikh Hussam At- Tayyarah (pemegang sanad bacaan Quran riwayat Hafs daripada gurunya, Aa'sim) beberapa tahun dahulu.

Ustaz Johan Qari : "Bukaan mulut ketika baca Quran adalah Thuluthul Jawfiyah yakni satu pertiga sahaja agar dapat bunyi lidah Arab Quraisy."

Beliau menambah lagi : "Sebutan Arab ini juga dengan nada menurun (sambil menunjukkan contoh bacaan.) "

Kali terakhir Bro_Lan dengar pasal Ustaz Johan Qari adalah beliau jadi wakil negeri untuk bertanding diperingkat kebangsaan beberapa tahun kemudian. 

Ya Allah, berkatilah Ustaz Johan Qari di dunia dan akhirat, moga terus mengalir pahala atas segala tunjuk ajarmu...

Suatu Petang Ramadan 2021

Bro_Lan berusaha untuk ambil perhatian setiap tips yang diajarkan oleh jurulatih2 angkat berat dalam bengkel itu. Pendekatan yang serupa sejak 23 tahun dahulu ketika belajar Quran dengan Ustaz Johan Qari digunapakai untuk mendapatkan sebanyak manfaat yang boleh.



Perjalanan Bro_Lan masih jauh dalam bidang kecergasan dan pengalaman/pedoman/pengajaran daripada sejarah lalu beri banyak pencerahan. Tips utama untuk dapat ilmu ialah adab dengan semua guru walaupun bukan Muslim dengan rendah diri,tawadhuk...