Salam pertemuan.
2012 / 2020 |
Gerak senaman asas menjadi roti dan mentega (bread and butter) semenjak mula mengangkat kettlebell semenjak dari tahun 2007. Mahu lean out seperti gambar tahun 2012 mahupun bina otot pada tahun 2020 , senaman kettlebell yang basic sahaja menjadi 'makanan ruji'.
Ada ketikanya ditambah dengan alatan rintangan tertentu seperti barbell untuk rack pulls, hip thrusts dan lunges :
dan yang canggih seperti Power Plates.
Penemuan terbaru : Glutes bukan lagi otot paling besar dan lats pula lebih kecil daripada deltoids.
Otot paling besar untuk upper body ialah deltoids! Tempat kedua jatuh pada pecs dan tangga ketiga ialah lats. Hal ini buatkan saya rasa sangat gembira walaupun dianggap pelik kerana asyik buat 'shoulder' sahaja.
Overhead press adalah gerak dinamik penuh manfaat. Lihat sahaja atlit angkat berat dan gymnast, gerak overhead adalah sangat mustahak dalam dua displin sukan ini.
Kesimpulan : Masukkan gerak julang atas (overhead lifts yang selamat dan tidak terlalu complicated) dalam latihan anda untuk impak maksima.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan