Sabtu, 16 Januari 2021

Hikayat Naik Turun Berat Badan @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...

Suatu Pagi Di Tahun 2003 #Memori2003



Lagu di atas jadi 'musik latar' buat Bro_Lan menuju ke sebuah gym di KLCC. Kerap juga dia pergi gym itu untuk buat badan dan pada usia akhir belasan tahun itu, tiada sangat masalah recovery sesudah workout.

Pada waktu persekolahan , dia seorang budak yang debab, tembam, berisi dan tiada seorang awek/amoi pun teringin nak couple dengan dia. Azamnya sesudah habis sekolah adalah untuk berbadan cantik agar dia lebih yakin dan bersemangat.

Kiranya dia masih budak lagi dan sambung belajar di salah satu kolej pengajian tv dan filem yang  ternama di Lembah Klang. Banyak betul dia susut berat badan dan sedang membesarkan otot lats untuk imej V-Taper idaman setiap jejaka.

Selepas workout , dia akan jalan-jalan sekitar kompleks beli-belah berkenaan dengan gaya seperti , Mike Shinoda, rapper Linkin Park dan Fort Minor , rasa cool giler kot!



Akan tetapi semenjak dia duduk jauh dan tugasan di kolej bertambah, dia tidak dapat lagi kerap ke gym.Hal yang demikian menyebabkan dia kurang aktif dan berat badan kembali naik. Pendek kata dengan kurang aktiviti fizikal dan kurang jaga makan, berat badan boleh bertambah.

Suatu Petang Di Tahun 2007 #Memori2007


Berat badan Bro_Lan kembali susut sesudah bertemu kettlebell dan workout bersama Tai Kar Cher. Ketika itu hatinya penuh bunga-bunga cinta dan setiap sesi bersama Tai Kar Cher rasa sungguh bahagia.

Malangnya, kisah kasih mesra itu putus ditengah jalan dan Bro_Lan jadi stress, tidur malamnya tidak lena dan sering terganggu. Berat badan bertambah sekali lagi...

Suatu Petang Di Tahun 2016 #Memori2006



Hubungan Bro_Lan dengan pimpinan tertinggi satu pasukan sukan kettlebell sudah tidak dapat diselamatkan lagi, ibarat retak menunggu belah. Dia berputus asa dengan seorang batu api dalam team itu dan ambil keputusan untuk 'keluar parti'!

Sekali lagi dia rasa stress dan berat badannya naik semula sesudah terlalu susut menguruskan pasukan untuk satu acara pertandingan.

Suatu Petang Di Tahun 2020 #PKP2020



Seluruh dunia stress, risau,susah hati waktu ini.Semua terkurung dirumah tanpa sebarang kepastian dan sekali lagi Bro_Lan naik berat badan.

Kesimpulannya, badan Bro_Lan naik selama ini disebabkan faktor berikut :
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Tekanan perasaan/hidup.
  • Kurang tidur.
  • Kurang menjaga permakanan.
Tahun 2021,sekali lagi kena PKP dibeberapa buah negeri dan Insha Allah  , Bro_Lan sudah bersedia untuk menangani masalah berat badan naik ini dengan lebih bijak...






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan