Selamat bertemu kembali...
Tahun 2020. Penuh dugaan dan cabaran tahun tersebut. Mudah-mudahan tahun 2021 ini ada sinar dan harapan baru walaupun kita kembali semula kepada PKP(untuk beberapa buah negeri)... #SangkaBaik #InshaALLAH
Terima kasih kerana sudi ziarah dan baca catatan di blog ini. Berikut adalah lapan catatan yang menambat hati anda dengan lagu/video tema masing-masing.
1.Nyonya Benci Sukan Renang Sebab Besarkan Bahu @Bro_Lan
Ini adalah antara catatan yang 'feeling betul' buat saya. Isu utama disini adalah fobia orang perempuan dengan badan besar angkat weights.
Hakikatnya, ia bergantung kepada genetik, diet dan program senaman serta beberapa faktor lagi. Ada yang buat zumba 3-5 kali seminggu tetapi tiada bertukar saiz/bentuk badan sebab makan kurang dijaga. Ada juga yang tubuh badan menjadi lawa bergetah sesudah dapat program resistance training yang sesuai/tepat.
2.Semput Lumba Lari Dengan Amoi Cute @Bro_Lan
3.Berkat & Lazat Labu Air #UstazIqbalZain @Bro_Lan
4.Pagi Isnin Di Nexus @Bro_Lan
5.Clean & Snatch: Antara Barbell Dengan Kettlebell (Episod7)
Catatan berbentuk ilmiah dalam siri ini nampaknya menarik minat anda.Untuk menghasilkan catatan sebegini,saya perlu gunakan gaya bahasa yang santai dengan berusaha memasukkan sebanyak mana input yang boleh.Insha Allah dimasa hadapan lebih banyak lagi catatan seumpamanya.
6.Masih Nak Meng- Ayat Tapi...@Bro_Lan
7. Sudut Pandang Bro Lan : Banyak Lompat Untuk Kurus Badan?
8.Catatan2 Inspirasi Dari The Titan Games.
Siri game show ini jadi salah satu motivasi dan inspirasi mengharungi #PKP2020. Harap-harap adalah musim ketiga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan