Sabtu, 16 Januari 2021

Hikayat Naik Turun Berat Badan @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...

Suatu Pagi Di Tahun 2003 #Memori2003



Lagu di atas jadi 'musik latar' buat Bro_Lan menuju ke sebuah gym di KLCC. Kerap juga dia pergi gym itu untuk buat badan dan pada usia akhir belasan tahun itu, tiada sangat masalah recovery sesudah workout.

Pada waktu persekolahan , dia seorang budak yang debab, tembam, berisi dan tiada seorang awek/amoi pun teringin nak couple dengan dia. Azamnya sesudah habis sekolah adalah untuk berbadan cantik agar dia lebih yakin dan bersemangat.

Kiranya dia masih budak lagi dan sambung belajar di salah satu kolej pengajian tv dan filem yang  ternama di Lembah Klang. Banyak betul dia susut berat badan dan sedang membesarkan otot lats untuk imej V-Taper idaman setiap jejaka.

Selepas workout , dia akan jalan-jalan sekitar kompleks beli-belah berkenaan dengan gaya seperti , Mike Shinoda, rapper Linkin Park dan Fort Minor , rasa cool giler kot!



Akan tetapi semenjak dia duduk jauh dan tugasan di kolej bertambah, dia tidak dapat lagi kerap ke gym.Hal yang demikian menyebabkan dia kurang aktif dan berat badan kembali naik. Pendek kata dengan kurang aktiviti fizikal dan kurang jaga makan, berat badan boleh bertambah.

Suatu Petang Di Tahun 2007 #Memori2007


Berat badan Bro_Lan kembali susut sesudah bertemu kettlebell dan workout bersama Tai Kar Cher. Ketika itu hatinya penuh bunga-bunga cinta dan setiap sesi bersama Tai Kar Cher rasa sungguh bahagia.

Malangnya, kisah kasih mesra itu putus ditengah jalan dan Bro_Lan jadi stress, tidur malamnya tidak lena dan sering terganggu. Berat badan bertambah sekali lagi...

Suatu Petang Di Tahun 2016 #Memori2006



Hubungan Bro_Lan dengan pimpinan tertinggi satu pasukan sukan kettlebell sudah tidak dapat diselamatkan lagi, ibarat retak menunggu belah. Dia berputus asa dengan seorang batu api dalam team itu dan ambil keputusan untuk 'keluar parti'!

Sekali lagi dia rasa stress dan berat badannya naik semula sesudah terlalu susut menguruskan pasukan untuk satu acara pertandingan.

Suatu Petang Di Tahun 2020 #PKP2020



Seluruh dunia stress, risau,susah hati waktu ini.Semua terkurung dirumah tanpa sebarang kepastian dan sekali lagi Bro_Lan naik berat badan.

Kesimpulannya, badan Bro_Lan naik selama ini disebabkan faktor berikut :
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Tekanan perasaan/hidup.
  • Kurang tidur.
  • Kurang menjaga permakanan.
Tahun 2021,sekali lagi kena PKP dibeberapa buah negeri dan Insha Allah  , Bro_Lan sudah bersedia untuk menangani masalah berat badan naik ini dengan lebih bijak...






 

Khamis, 14 Januari 2021

8 Catatan Menambat Hati 2020 #Top8

Selamat bertemu kembali... 


Tahun 2020. Penuh dugaan dan cabaran tahun tersebut. Mudah-mudahan tahun 2021 ini ada sinar dan harapan baru walaupun kita kembali semula kepada PKP(untuk beberapa buah negeri)... #SangkaBaik #InshaALLAH

Terima kasih kerana sudi ziarah dan baca catatan di blog ini. Berikut adalah lapan catatan yang menambat hati anda dengan lagu/video tema masing-masing.

1.Nyonya Benci Sukan Renang Sebab Besarkan Bahu @Bro_Lan


Ini adalah antara catatan yang 'feeling betul' buat saya. Isu utama disini adalah fobia orang perempuan dengan badan besar angkat weights

Hakikatnya, ia bergantung kepada genetik, diet dan program senaman serta beberapa faktor lagi. Ada yang buat zumba 3-5 kali seminggu tetapi tiada bertukar saiz/bentuk badan sebab makan kurang dijaga. Ada juga yang tubuh badan menjadi lawa bergetah sesudah dapat program resistance training yang sesuai/tepat.

2.Semput Lumba Lari Dengan Amoi Cute @Bro_Lan

Kecewa dan rasa malu tidak tertahan apabila menulis catatan ini!Mungkin si amoi 'berniat baik' untuk Bro_Lan pergi jauh ataupun dia memang kurang minat ! Hahaha!

Pengalaman pahit biasanya jadi pembakar semangat...

3.Berkat & Lazat Labu Air #UstazIqbalZain @Bro_Lan

Sepanjang #PKP2020,pengajian atas talian bersama para Habaib dan Maulana menjadi penguat harapan disamping berusaha untuk istiqamah amalan ratib,hizib dan wirid.

Seronok rasanya dapat menyambung belajar walaupun tidak dapat berhadapan dengan guru2 mulia diatas, akan tetapi tetap bersyukur dengan melihat wajah mereka di skrin telefon pintar/komputer riba...

4.Pagi Isnin Di Nexus @Bro_Lan




Layan sungguh tulis catatan ini. Permulaan baru biasanya mendebarkan atau pun menggembirakan. Apapun, sentiasa bersangka baik dan buat sehabis baik...

5.Clean & Snatch: Antara Barbell Dengan Kettlebell (Episod7)



Catatan berbentuk ilmiah dalam siri ini nampaknya menarik minat anda.Untuk menghasilkan catatan sebegini,saya perlu gunakan gaya bahasa yang santai dengan berusaha memasukkan sebanyak mana input yang boleh.Insha Allah dimasa hadapan lebih banyak lagi catatan seumpamanya.

6.Masih Nak Meng- Ayat Tapi...@Bro_Lan



Hahaha, Bro_Lan ini nampaknya minat amoi sahaja nampaknya! Apa nak buat sebab awek melayu ada sindrom : Awak Ni Terlalu Baik Untuk Saya! Jangan marah aaa...

7. Sudut Pandang Bro Lan : Banyak Lompat Untuk Kurus Badan?


Lompat-melompat bukan untuk semua orang dan catatan ini memberi pencerahan daripada sebahagian manfaat/mudaratnya.Adegan menarik dance battle dengan trampoline daripada filem Step Up 2 ini jadi penutup catatan.

8.Catatan2 Inspirasi Dari The Titan Games.


Siri game show ini jadi salah satu motivasi dan inspirasi mengharungi #PKP2020. Harap-harap adalah musim ketiga...

Salam Tahun Baru 2021.Jumpa lagi di lain catatan...


Isnin, 4 Januari 2021

Kekok Buat Lunges #BodyPump #GlutesDrive @Bro_Lan

Selamat bertemu kembali...





Suatu Pagi Di Tahun 2020



Layan betul Bro_Lan dengan lagu 'sejuk badan'  kelas #lesmillbodypump pagi itu. Catchy sungguh sampai Amoi Jurulatih Senior pun melenggok bahu dan kepala ketika tunjuk ajar regangan ikut lagu tersebut.

Track untuk lunges kelas pagi itu cukup mencabar buat Bro_Lan, malah semenjak beberapa kelas sebelumnya. Alignment pinggul , lutut dan mata kakinya pabila bikin lunges kaki kiri di hadapan rasa sangat kekok.

Bro_Lan berfikir dan merujuk pada ilmunya yang telah dipelajari daripada dua orang gurunya, Melissa dan Michelle untuk mencari punca masalah itu. Setelah meneliti dan menghening cipta, Bro_Lan dapati :
  • Pinggul kanan kurang daya gerak (mobility) dan jangkauan gerak (ROM) dari segi internal rotation.
  • Pinggul sebelah kiri pula sebaliknya, tidak berapa bagus dengan external rotation.

Dia juga dapat mengesan yang mana kaki sebelah kanan kurang daya push off/kick off dan kaki kiri pula tegang. Banyak kerja rehab/prehab jugak ni.



Sesi latihan berikutnya dia terus ke mesin Nautilus Glutes Drive yang baru dibeli oleh pihak pengurusan gym beberapa bulan yang lalu. Dia gunakan hip thrust dengan variasi off set/staggered stance untuk kenal pasti sebelah kaki mana yang perlu lebih 'kasih sayang'.

Sesudah itu, dia buat lunges pula dengan barbell untuk lihat sama ada berkesan atau tidak hip thrust tadi. Alhamdulilah, berhasil nampaknya pabila sebelah kaki yang kekok tadi sudah mulai rasa sedap. Dia hanya perlu terus berlatih untuk lunges lebih dalam dengan bebanan 75kg itu.



Pada kelas Body Pump yang berikutnya, rasa kekok itu nampaknya kurang menggangu. Fahamlah akan Bro_Lan yang mana dia perlu aktifkan otot glutes terlebih dahulu sebelum bikin lunges. Dia belajar sesuatu daripada rasa tidak selesa itu...