Selamat bertemu kembali...
Bro_Lan sudah kembali workout di gym. Perlahan-lahan dia bina semula nafas dan ketahanan otot-ototnya. Sengal-sengal juga badan pada seminggu dua yang pertama.
Alhamdulilah, sudah mulai datang kembali tahap kecergesan yang dilatih sebelum PKP bulan Mac yang lalu. Bro_Lan terasa penuh semangat dan bertenaga tambahan ada beberapa amoi/awek yang pakai Gymsharz, Lululemon nak 'beramah-mesra' dengannya di gym. #Bro_Lan_Syok_Sendiri #Gatal_Jugak_Bro_Lan
Setiap Isnin dan Jumaat, dia ikuti kelas berbentuk latihan circuit yang menggunakan SkilMill dan alat senaman yang lain.
Jurulatih kelas itu pun sering push/kasi variasi gerak yang mencabar sebab dia tahu Bro_Lan seorang jurulatih kettlebell di salah satu franchise gym berkenaan. Seperti biasa, semua orang yang ikuti kelas itu perlu nyahcemar alatan/mesin sebelum dan sesudah digunakan serta kekalkan jarak selamat sesama sendiri.
Ada dua orang minachi yang baru join gym dan kelas tersebut. Betul-betul blurred. Macam langsung tidak pernah bikin senaman dalam hidup. Pabila jurulatih minta alihkan alatan dan nyahcemar, terkebil-kebil mereka berdua disitu. Satu baris dengan Bro_Lan lagi.
Ada sedikit rasa geram,menyampah dalam dada Bro_Lan melihat telatah mereka dan dia terlupa nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh para Habaib dan Maulana agar sentiasa :
- bersangka baik, mungki minachi berdua ini memang tak pernah exercise langsung.
- rendah diri, jangan ingat kita lebih bagus daripada orang lain dalam segenap hal.
- sentiasa ingat bahawa Allah Taala yang beri pinjam nikmat fitness level yang tinggi itu, bila-bila masa sahaja boleh ditarik balik.
Sampailah Bro_Lan pada giliran untuk bikin box jump. Fuyyoh, semangat betul dia melompat dan hayun tangan untuk lebih power. Layangan tangan itu terkena bucu kotak itu dan tidak semena-mena berdarah dua jarinya...
Kotak itu pulak lembut dan diperbuat dari kanvas,langsung tiada logam. Cepat-cpat dia lari ke tandas membasuh tangan. Syukurlah lukanya tidak dalam. Dia teruskan juga ikuti kelas sampai selesai.
Dalam hatinya terdetik, pasti ini 'teguran' buatnya sebab anggap diri lebih bagus daripada orang lain...
Selepas pulang dari gym, termenung panjang Bro_Lan dan dia berazam untuk belajar bersangka baik sesama makhluk serta tidak sombong...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan