Jumaat, 6 November 2020

Hayunan Power Bags, Hempasan Med Balls @Bro_Lan

 Selamat bertemu kembali...


Bola-bola di atas dan beg pasir dibawah ;

sangat mudah ditemui di gym2 komersil berbanding kettlebell berat warna merah ini :


Gym di Nexus, Bangsar South itu ada tiga alat senaman diatas. Kettlebell paling berat disitu adalah 28kg,suka sangat Bro_Lan dengan bebanan itu.



Tiga alatan di atas adalah gabungan yang Bro_Lan cukup minati. Beg pasir bagus untuk stamina dan explosive sampaikan macam tidak sah jikalau gym tinju atau MMA tidak ada benda ini. Slam/medicine balls pulak pasti ada di gym Crosfit untuk senaman/acara wall ball. Manfaat kettlebells pulak, ramai yang sudah tahu.

Secara umum dan ringkasBro_Lan dapati tiga alat ini beberapa ciri yang unik yang unik antara satu dengan yang lain :
  • Slam balls = hempasan dari atas ke bawah atau dari sisi ke titik tertentu.
  • Kettlebells = hayunan dari bawah ke atas.
  • Sand /Power/Bulgarian bags = hayunan, putaran dan hempasan ke titik tertentu.
  • Ketiga-tiga alat ini boleh dipikul , dijulang, dipeluk, disandang , dikendong, pendek kata diangkat sebagai bebanan untuk squat , lunges, pull, row, press dan loaded carries.
Biasanya Bro_Lan akan padankan sand/power/bulgarian bags bersama bola atau kettlebell, sebab beg pasir ini sangat versatile gerakannya. Jarang dia campur ketiga-tiga alat sekali jalan dalam satu-satu kelas agar anak didik dapat variasi berbeza setiap minggu.


Lagu catchy diatas jadi sound check untuk kelas Bro_Lan pagi Isnin itu. Dia cukup suka rentak dan iramanya. Datanglah dua orang amoi hot dan fit (amoi lagi!) yang sering ikuti kelasnya, pakai fesyen gymsharkz nampaknya...

Bro_Lan ingin mengorat, mengayat mereka selepas kelas , akan tetapi dia masih belum berani...terkenang akan dia nostalgia Tai Kar Cher dahulu dan pesan para Habaib... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan