Selamat bertemu kembali...
Bola-bola di atas dan beg pasir dibawah ;sangat mudah ditemui di gym2 komersil berbanding kettlebell berat warna merah ini :
Gym di Nexus, Bangsar South itu ada tiga alat senaman diatas. Kettlebell paling berat disitu adalah 28kg,suka sangat Bro_Lan dengan bebanan itu.
Tiga alatan di atas adalah gabungan yang Bro_Lan cukup minati. Beg pasir bagus untuk stamina dan explosive sampaikan macam tidak sah jikalau gym tinju atau MMA tidak ada benda ini. Slam/medicine balls pulak pasti ada di gym Crosfit untuk senaman/acara wall ball. Manfaat kettlebells pulak, ramai yang sudah tahu.
Secara umum dan ringkas, Bro_Lan dapati tiga alat ini beberapa ciri yang unik yang unik antara satu dengan yang lain :
- Slam balls = hempasan dari atas ke bawah atau dari sisi ke titik tertentu.
- Kettlebells = hayunan dari bawah ke atas.
- Sand /Power/Bulgarian bags = hayunan, putaran dan hempasan ke titik tertentu.
- Ketiga-tiga alat ini boleh dipikul , dijulang, dipeluk, disandang , dikendong, pendek kata diangkat sebagai bebanan untuk squat , lunges, pull, row, press dan loaded carries.
Lagu catchy diatas jadi sound check untuk kelas Bro_Lan pagi Isnin itu. Dia cukup suka rentak dan iramanya. Datanglah dua orang amoi hot dan fit (amoi lagi!) yang sering ikuti kelasnya, pakai fesyen gymsharkz nampaknya...
Bro_Lan ingin mengorat, mengayat mereka selepas kelas , akan tetapi dia masih belum berani...terkenang akan dia nostalgia Tai Kar Cher dahulu dan pesan para Habaib...